suria

Yoon Kye Sang undur diri dari agensi elak timbul rasa kurang selesa dengan bekas kekasih, Honey Lee

Pasangan ini ambil keputusan untuk berpisah selepas tujuh tahun bersama.

SELEPAS tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Yoon Kye Sang dan Honey Lee mengambil keputusan untuk berpisah baru-baru ini.

Memetik laporan Soompi, agensi mereka iaitu Saram Entertainment memberitahu biarpun hubungan sudah berakhir namun Yoon Kye Sang dan Honey Lee mahu kekal menjadi kawan baik.

"Yoon Kye dan Honey Lee telah membuat keputusan untuk berpisah baru-baru ini. Namun mereka tetap memilih untuk jadi kawan baik.

"Jadi, kami berharap anda semua akan terus memberikan sokongan kepada pasangan ini pada masa hadapan," kata wakil agensi.

Sementara itu, Saram Entertainment turut mendedahkan mereka telah menamatkan kontrak bersama Yoon Kye Sang selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak.



Pasangan ini merahsiakan punca perpisahan mereka.

Yoon Kye Sang mengambil keputusan untuk meninggalkan agensinya bagi mengelakkkan timbulnya rasa kurang selesa antara dia dan bekas kekasih di masa hadapan.

"Kami telah memutuskan untuk menamatkan kontrak bersama Yoon Kye Sang. Kami telah membuat keputusan ini selepas hasil perbincangan dan mencapai persetujuan bersama.

"Buat masa ini Kye Sang akan mengambil masa untuk berehat seketika. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kye Sang kerana menjadi sebahagian keluarga kami untuk masa yang agak lama," ujarnya.

Yoon Kye Sang telah bersama Saram Entertainment sejak Ogos 2013 dan pada tahun yang sama dia mengaku sedang bercinta bersama Honey.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Yoon Kye Sang, Honey Lee,

Artikel Lain