suria

Bekas isteri Sylvester Stallone hamil pada usia 54 tahun

Pelakon Brigitte Nielsen sedang hamil anak kelimanya pada usia 54 tahun.

BEKAS isteri kepada Sylvester Stallone yang juga pelakon Brigitte Nielsen mengejutkan peminat apabila mengumumkan sedang hamil pada usia 54 tahun.

Pengumuman itu dibuat Brigitte selepas paparazi berjaya merakamkan gambarnya bersama suami, Mattia Dessi, 39, ketika sedang menikmati makan tengah hari di Los Angeles.

Menerusi gambar yang berjaya dirakam, bahagian perut Brigitte kelihatan besar daripada biasa walaupun aktres itu cuba menyembunyikan perutnya.

Keesokan harinya, Brigitte mengumumkan dia sedang hamil anak kelimanya dan memuat naik gambarnya yang sarat mengandung.

Brigitte dan suaminya, Mattia Dessi.

Pelakon filem seperti Red Sonja, Rocky IV dan Cobra itu turut mempunyai empat cahaya mata lain iaitu Julian, 34, Killian, 28, Douglas, 25 dan Raoul, 23.

Brigitte sebelum ini pernah berkahwin dengan Raoul Meyer dari 1993 hingga 2003, Sebastian Copeland (1990-1992), Sylvester Stallone (1985-1987) dan Kasper Winding (1983-1984).

Mattia adalah suami kelimanya yang dikahwininya pada 2006.

Artikel Sebelum

Artikel Lain