suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taeil sangka akan mati kerana Kim Jong Kook

Taeil menyangka dia akan mati di tangan Kim Jong Kook gara-gara mengikut penyanyi itu ke gimnasium.

ANGGOTA kumpulan Block B, Taeil memberitahu dia menyangka akan mati selepas seminggu menyertai rakannya yang juga penyanyi Kim Jong Kook bersenam di pusat kecergasan.

Taeil mendedahkan dia sebenarnya menyertai Jong Kook bersenam secara tidak sengaja kerana pada awalnya dia bertemu penyanyi itu untuk berbincang mengenai lagu duet mereka.

"Pada awalnya saya bertanya Jong Kook tentang perkembangan lagu duet kami dan dia mengajak saya pergi ke gimnasium untuk berbincang mengenai perkara itu.

"Saya pergi ke sana dengannya buat pertama kali selama seminggu dan saya memang menyesal kerana ingat saya akan mati.

"Ini kerana dia memaksa saya untuk bersenam dengannya," katanya seperti dilaporkan Soompi.

Taeil membuat pendedahan itu ketika menghadiri program The Call pada Rabu lalu.

Taeil, Kim Jong Kook

Artikel Lain