suria

Presiden Korea ucap tahniah pada BTS

Album terbaharu BTS berjudul Love Yourself: Tear mencipta sejarah apabila ia menjadi album berbahasa Korea pertama mengungguli carta penjualan album Billboard 200 di Amerika Syarikat.

ALBUM terbaharu kumpulan BTS berjudul Love Yourself: Tear mencipta sejarah apabila ia menjadi album berbahasa Korea pertama mengungguli carta penjualan album Billboard 200 di Amerika Syarikat.

Love Yourself: Tear menduduki tangga pertama carta Billboard 200 dan ia terjual sebanyak 135,000 unit pada minggu pertama ia dilancarkan menurut laporan Nielsen Music.

Kedudukan itu ditentukan oleh jualan album menerusi beberapa medium termasuk CD fizikal, platform digital dan streaming di Amerika Syarikat.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in pada Isnin lalu mengucapkan tahniah kepada kumpulan kpop BTS selepas album terbaharu mereka, Love Yourself: Tear mencipta sejarah di Amerika Syarikat.

"Tahniah kepada BTS dan semua ARMY! Lagu, tarian, impian dan kesungguhan BTS telah memberi suntikan semangat kepada golongan muda di seluruh dunia.

"Ini adalah sejarah apabila album dari Korea berjaya mengungguli carta album Billboard dan lebih membanggakan ia bukan album bukan berbahasa Inggeris," kata Jae-in.

BTS, Billboard

Artikel Lain