suria

Eminem bersuara gosip cinta Nicki Minaj

Eminem menyangkal sedang bercinta dengan Nicki Minaj.

PENYANYI rap terkenal Eminem akhirnya membuka mulut mengenai gosip mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan Nicki Minaj.

Eminem ketika mengadakan konsert di Boston secara bergurau bertanya kepada peminat sama ada di patut bercinta dengan Nicki.

"Boston! Berapa ramai di sini yang ingin lihat saya dan Nicki bercinta?

"Saya pun mahu bercinta dengannya! Tetapi bagaimana kami ingin berhadapan dengan pelbagai perhatian diberikan nanti?" soalnya.

Minggu lalu, Nicki mengejutkan peminatnya apabila memberitahu dia sedang bercinta dengan Eminem namun kemudiannya menjelaskan ia hanyalah jenaka.

Nicki menerusi Twitter memberitahu tidak menyangka Eminem akan bertanya tentang hal itu kepada peminat dan berharap dapat berkolaborasi dengannya tidak lama lagi.

"Kami perlukan awak dalam album Queen! Itu akan menjadi temu janji pertama kita - di studio sambil saya akan memandang matanya ketika dia menulis lirik," guraunya.

Eminem

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain