suria

Lee Sa Gang akui rapat dengan Kevin

Le Sa Gang nafi menjalinkan hubungan cinta dengan Kevin selama dua tahun.

PENGARAH video muzik Lee Sa Gang menjelaskan gosip cinta antara dia dan anggota kumpulan ZE:A, Kevin tidak benar.

Menurut laporan dari sebuah portal, Lee Sa Gang dan Kevin sudah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

Bagaimanapun, Lee Sa Gang menafikan dia dan Kevin mempunyai hubungan cinta seperti yang diperkatakan.

Namun Lee Sa Gang mengakui hubungan mereka rapat kerana pernah bekerjasama dengan syarikat agensi Kevin, Star Empire Entertainment sejak 2010.

"Memang betul saya rapat dengan Kevin tapi kami tidak bercinta. Saya pernah bekerjasama dengan syarikat yang menguruskannya sejak 2010.

"Jadi, saya rapat dengan semua pekerja di agensi tersebut," kata Lee Sa Gang menerusi laporan Soompi.

Lee Sa Gang, Kevin

Artikel Lain