suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taylor Swift Sabotaj Katy Perry

Perang dingin di antara Katy Perry dan Taylor Swift memasuki episod baharu.

NAMPAKNYA perang dingin dua penyanyi hebat iaitu Katy Perry dan Taylor Swift memasuki episod baharu yang belum berkesudahan.

Taylor dikatakan cuba mensabotaj album terbaharu Katy yang berjudul Witness apabila dia kembali melancarkan lagu-lagunya menerusi aplikasi Spotify pada hari sama album Katy dilancarkan.

Penyanyi lagu Shake It Off itu sebelum ini menolak lagu atau albumnya daripada dimasukkan dalam Spotify kerana tidak mahu peminat mendengar lagu-lagunya secara percuma.

Katy ketika diwawancara program Today memberitahu tidak mengetahui niat sebenar Taylor terhadapnya dan enggan mengambil peduli tentang perkara itu.

"Saya tidak tahu kerana saya cuma fokus kepada diri sendiri," katanya.

Penyanyi itu turut menyangkal single terbaharunya, Swish Swish adalah sebagai respons terhadap lagu Taylor, Bad Blood yang ditujukan kepadanya.

"Swish Swish bukan mengenai sesiapa kerana sepanjang karier saya bukan hanya ada seorang yang membuli dan cuba menjatuhkan saya.

"Apa yang boleh saya katakan, saya sayangkan Taylor dan semoga Tuhan memberkati," katanya.

Hubungan Taylor dan Katy yang sebelum ini sahabat baik retak sejak tiga tahun lalu.

Taylor Swift, Katy Perry

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain