suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

A Pink Pula Diancam Bunuh

Netizen mengandaikan ugutan itu hanya satu bentuk strategi dari agensi A Pink bersempena kemuculan lagu baru mereka tidak lama lagi.

ITULAH kalau dah popular... setelah Mina Twice, kini giliran A Pink pula terima ancaman bunuh. Ish... ish... menakutkan!

Khabarnya disebabkan ancaman itu, pihak polis sudah mula dikerahkan untuk mengawal persekitaran pejabat urusan agensi Plan A Entertainment.

Dikatakan berita tersebut mula tersebar setelah ia diberitahu sendiri oleh kakitangan A Pink melalui akaun twitternya yang sekaligus mengundang kerisauan peminat tegar enam gadis cantik ini.

A Pink dikhabarkan akan mengeluarkan lagu terbaru dalam waktu terdekat ini.

Bagaimanapun ada yang beranggapan berita ini hanyalah permainan pihak media untuk menarik perhatian netizen kerana A Pink dikhabarkan akan membuat siri kemunculan semula dalam waktu terdekat ini.

"Baca ayat terakhirnya, 'setelah mendapat ancaman bunuh, A Pink akan membuat comeback pada 26 Jun depan," tulis seorang netizan.

"Jadi lagu baru mjereka akan segera dikeluarkan? Agensi kamu bermain kotor," ujar salah satu komen di ruangan berita OSEN.

"Siapa pula individu yang menelefon polis dan buat ancaman bunuh? Jelas ianya hanya satu bentuk permainan media," sindir netizen dan berharap agar peminat pelantun lagu Mr.Chu ini tidak terus menggelabah.

A Pink

Artikel Berikut

Artikel Lain