suria

Netizen Terus Kritik Calon Isteri Yoochun

Hwang Hana sedar dirinya sentiasa menjadi kritikan netizen sejak bersama Yoochun namun lebih senang untuk tidak mempedulikannya.

HARI ini kisah calon isteri Yoochun terus diperkatakan netizen.

Biarpun suatu ketika dulu Hwang Hana sering menafikan hubungan intimnya bersama Yoochun, namun dia tetap dilihat mesra memeluk Yoochun sehingga menjadi bualan ramai. Itu kisah lalu.

Terkini, wanita ini terus mencari masalah apabila memuat naik foto dirinya mengenakan baju semi jernih berwarna perak.

Melihat foto tersebut, netizen tidak henti-henti memberikan kritikan kepada wanita ini. Bukannya dipuji cantik sebaliknya menyifatkan Hana seperti seorang lelaki.

Hwang Hana sedang mencuba baju pengantin miliknya.

"Orang kata dia cantik? Dia kelihatan pelik. Beritahu dia sila pergi ke tandas," kata seorang netizen.

"Dia seperti lelaki. Caranya bercakap di sangat kebudak-budakan dan gayanya seperti orang yang sentiasa berada dalam masalah," tulis netizen lain.

"Dia sangat pelik dan selalu berbicara aneh. Kenapa harus memutarkan mata setiapkali divideo. Fikir comel? Tambah yang lainnya.

Jelas wanita ini kurang digemari oleh sebilangan netizen namun bagi Hana, itulah dirinya. Dia tidak perlu menjadi orang lain sekalipun sedar sentiasa jadi kritikan netizen. 

Yoochun, Hwang Hana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain