suria

Kagum semangat Ebby Yus, reda terima ujian sakit... Dedah ada rakan artis diam-diam bagi sumbangan

DIUJI pelbagai komplikasi penyakit, pelawak Ebby Yus tetap bersemangat meneruskan kehidupan meskipun kudratnya kini terbatas tidak sekuat dahulu.

Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 60, berkata dia tidak memandang ujian itu sebagai beban, sebaliknya sentiasa reda menerima takdir tertulis.

“Saya ikhlas dan terasa berat sebenarnya malah rasa seperti biasa saja tetap kena lalui macam insan lain, jangan pertikaikan dalam kehidupan kita.

“Lalui dengan sabar dan reda sebab kita tahu penyakit ini datangnya daripada mana dan nanti pengakhiran pun akan dibawa ke mana kan, Alhamdulilah tidak rasa terbeban,” katanya kepada mStar.

Untuk episod pertama mStar Baek musim ketiga kali ini, mStar bersama penaja KPJ Healthcare menziarahi kediaman pelakon itu bagi bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.

KPJ Healthcare diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Mohd Sofian Ismail hadir memberikan sokongan moral dan menyelami sendiri kisah hidup pelakon senior ini.

Program mStar Baek tajaan KPJ Healthcare Healing Kasih Prihatin ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI

Artikel Lain