Acer Malaysia Perkenal Produk Baharu - Niaga | mStar

Acer Malaysia Perkenal Produk Baharu

SHAH ALAM: Acer Malaysia telah melancarkan barisan produk terbaharunya untuk pasaran Malaysia, merangkumi pelbagai jenis komputer riba serta meja yang sofistikated, monitor dan projektor P Series.

Produk baharu ini terdiri daripada komputer riba Acer Spin 5 berukuran 15.6 inci yang sedang hangat diperkatakan, dilengkapi dengan pemproses Intel Core dengan memori DDR4 sebanyak 16GB, harga bermula daripada RM3,599 sehingga RM4,999.

Pengarah Produk, Jualan dan Pemasaran Acer Sales and Services Sdn Bhd, Chan Weng Hong, berkata sebagai pemimpin industri, Acer sentiasa mahu memberikan teknologi terbaharu dalam sistem pengkomputeran kepada pelanggannya.

Acer turut memperkenalkan komputer riba ultra ternipis 15.5 inci, Swift 3, yang dipasang dengan pemproses Intel Core Generasi Kelapan serta kad grafik NVIDIA GeForce MX150, yang dijual pada harga runcit berjumlah RM4,299.

Ia juga melancarkan Acer XR382CQK, monitor pertama syarikat itu yang menmpilkan ciri-ciri paparan UltraWide QHD+(3840 x 1600), skrin melengkung IPS 37.5 inci itu, ia dijual pada harga RM4,999.

Sementara itu, projektor P Series menjadi peranti pertama yang dilengkapi dengan penapis BluelightShield Acer, yang bertujuan untuk mengurangkan ketegangan mata disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada cahaya biru.

Projektor itu berharga antara RM1,599 dan RM2,199.

Komputer meja, semua dalam satu, Aspire C22-860, menampilkan monitor FHD 16:9 tanpa sempadan dengan ratio skrin kepada kerangka sebanyak 90 peratus, dijual pada harga RM2,399.

Kesemua produk terbaharu ini dijual di semua wakil jualan Acer yang sah di seluruh negara mulai sekarang, kecuali Acer Spin 5 dan Acer Aspire C22-860, yang hanya boleh didapati pada pertengahan November ini.– Bernama

Acer

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain