suria

Pelanggan kedai makan gelakkan TikToker, ‘followers’ hampir sejuta tapi jadi rider gara-gara ‘job tak lebat’

Afiq atau Cicak sudah dua tahun bekerja sebagai penghantar makanan.

SEORANG TikToker yang memiliki lebih 700,000 pengikut meluahkan kekecewaan selepas dihina kerana bekerja sebagai penghantar makanan.

Menurut Afiq, 22, yang turut dikenali sebagai Cicak, dia berdepan situasi itu ketika berada di sebuah kedai makan di Johor pada Isnin lalu.

"Salah ke kalau aku bawa Grab? Tadi aku pergi ambil makanan dekat kedai. Ada seorang akak tengah makan dengan circle dia ramai-ramai.

AFIQ 2

Afiq memiliki lebih 700,000 pengikut di aplikasi TikTok.

"Dia tanya, adakah aku Cicak TikToker, influencer TikTok? Aku jawab ya. Dia cakap, bawa Grab je ke? Kan ada nama dekat TikTok.

"Aku cakap aku buat part time, buat duit tepi. Dia kata influencer ada nama kat TikTok biasanya kaya-kaya," ujarnya menerusi sebuah video.

Ketika dihubungi mStar, Afiq berkata wanita tersebut turut mentertawakannya pekerjaannya.

Tak kisah orang tu ada berapa followers pun, dia tetap orang biasa.

AFIQ

PEMPENGARUH/TIKTOKER

"Sejujurnya saya tak kisah kerja Grab, tapi bila orang gelakkan pekerjaan ini, saya jadi malu. Saya ada followers tinggi.

"Mesti orang ingat individu yang ada followers ni kaya. Lepas tu orang tengok saya kerja Grab, mereka ingat saya miskin.

"Padahal kerja Grab ni sehari boleh cecah RM200 ke RM300," ujar Afiq yang mula aktif di TikTok sejak tahun 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider kurang ajar, perli wanita demam order minuman tengah malam - “Sila-sila, minum sampai kencing manis”

ARTIKEL BERKAITAN: Rider kecut perut tumpahkan minuman, siap suruh minta refund... Pelanggan tunjuk reaksi tak disangka-sangka

Dalam pada itu, Afiq berkata jumlah pengikut yang tinggi juga tidak menjanjikan tawaran kerja berpanjangan buatnya.

Jelasnya, dia sudah bekerja sebagai penghantar makanan selama dua tahun ekoran kekurangan tawaran reviu di media sosial.

"Saya cuma buat part time Grab untuk cari duit tepi sementara tengah tak ada job reviu. Job tu ada tapi sekarang susah nak dapat reviu.

"Saya rasa pelik, salah ke kalau orang ada followers ni kerja biasa? Sampai orang lain nak gelak dan judge saya?

AFIQ 3

Pemuda ini melakukan kerja sambilan kerana kekurangan tawaran reviu.

"Kadang terfikir juga, kenapa saya masih 'tersangkut' kat sini sedangkan orang ada followers tinggi dah berjaya. Mungkin rezeki saya belum sampai," katanya.

Akhir bicara, Afiq turut menitipkan pesan kepada orang ramai agar tidak menghakimi pekerjaan seseorang.

"Pesanan saya untuk orang ramai, tak kisah orang tu ada berapa followers pun, dia tetap orang biasa. Tak kisahlah kerja apa, yang penting halal," ujarnya.

 

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain