suria

“Suami bagi tuala je” - Wanita gelabah bilik hotel diserbu pukul 2 pagi, nak tangkap khalwat tapi tak tunjuk kad kuasa

Bilik hotel menjadi antara lokasi tumpuan serbuan cegah maksiat oleh pihak berkuasa. -Gambar hiasan

SEORANG wanita tular di media sosial selepas berkongsi kisah mengenai dia dan suaminya yang dituduh 'berkhalwat' di sebuah hotel.

Menurut pengadu, kejadian antara pukul 2 hingga 3 pagi itu menyebabkan mereka terjaga apabila pintu bilik hotel diketuk sekumpulan individu tidak dikenali.

"Lawak juga, tak pasal je kena tangkap basah. Berangin la suami yang baru lelap tiba-tiba dikejutkan. Entah siapa buat serbuan semua bilik kat hotel ni.

KHALWAY POSED PHOTO...

Banyak kisah mengenai pasangan suami isteri yang ditangkap khalwat pernah tular sebelum ini. -Gambar hiasan

"Katanya nak periksa konon ada yang berzina dekat hotel ni. Mengaku ada kuasa nak periksa. Tapi tak nampak pula ada polis atau kakitangan hotel yang mengiringi mereka," ujar wanita itu.

Bercerita lanjut, pengadu mendedahkan berlaku sedikit ketegangan antara suaminya dan kumpulan itu ekoran sikap mereka yang berkeras untuk masuk membuat pemeriksaan tanpa sebarang dokumen sokongan.

"Suami mula tanya elok je. Tapi mereka berkeras nak masuk bilik kami. Suami tanya siapa yang iringi mereka. Mereka kata ada kuasa nak masuk dan soal siasat kami dalam bilik hotel.

Esoknya ramai mengadu kat receptionist... baru tahu mereka main redah masuk serbu semua bilik.

PENGADU

"Suara suami makin tinggi bertanya tentang kuasa apa mereka ada untuk masuk bilik kami. Tiba-tiba jurucakap sekumpulan 'mangkuk hayun' ni buat suara tinggi juga.

"Sementara itu, bini yang serba-salah ni tak tahu nak pakai apa sebab suami cuma bagi sehelai tuala je. Dalam keadaan mamai berfikir, kat folder mana aku simpan sijil nikah yang aku scan masuk dalam telefon," ceritanya lagi.

Selepas bertegang urat di hadapan pintu, kumpulan itu akhirnya berputus asa dan meninggalkan pasangan berkenaan di dalam bilik mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikut serbuan pejabat agama di hotel, lelaki strok luluh hati tengok isteri ditangkap khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri dicekup khalwat di hotel bajet! Rancangan ‘honeymoon’ ke Paris disabotaj ‘makcik puaka’ tauke kedai makan

Menurut wanita itu, dia mendapati beberap penghuni lain turut berdepan kejadian serupa ketika menginap di hotel berkenaan.

"Aku jerit kat suami suruh bagi mereka masuk. Siap tanya apa tujuan nak periksa. Suara tu memang ala-ala cikgu tanya students kenapa tak buat kerja sekolah? Dua ke tiga kali aku tanya.

"Akhirnya mereka cakap tak ada apa-apa dan blah. Aih lega. Suami pula payah la nak tidur lepas tu. Dah la kami baru sampai waktu Maghrib sebelum tu dari Banting.

"Esoknya ramai mengadu kat receptionist. Baru tahu mereka main redah masuk serbu semua bilik. Satu pasangan makcik dan pakcik ni, telefon kena rampas sebab rakam muka mereka. Paksa mereka delete video. Menyirap darah dengar," cerita pengadu lagi.

Picture showing hand of businessman opening hotel room

Mereka yang menginap di hotel memerlukan privasi dan tidak mahu diganggu. -Gambar hiasan

Tambahnya, ini merupakan kejadian 'tangkap basah' yang pertama selepas hampir 26 tahun dia dan suaminya mendirikan rumah tangga.

Menerusi coretan pada hantaran tular itu, ia dipercayai berlaku pada Sabtu, 27 April, namun pengadu tidak mendedahkan secara terperinci nama hotel serta lokasi kejadian.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen turut memberi saranan kepada pasangan itu agar membuat laporan polis.

Malah, mereka turut menggesa supaya pasangan itu mendedahkan nama hotel supaya pelanggan lain tidak menjadi mangsa pada masa akan datang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain