suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikut serbuan pejabat agama di hotel, lelaki strok luluh hati tengok isteri ditangkap khalwat

Penjawat awam ditahan bersekedudukan dengan isteri orang.

SUAMI mana yang sanggup melihat isteri sendiri duduk berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram di hotel pada waktu malam.

Berhadapan situasi sama, seorang lelaki bertindak membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas mengetahui lokasi isterinya bersama kekasih.

Susulan daripada itu, serbuan dilakukan di sebuah hotel di Tanjung Tokong pada pukul 1.30 pagi, Sabtu.

Menurut Penolong Pengarah Kanan selaku Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Alamin Majok, pihaknya menahan wanita terbabit bersama pasangannya selepas semakan mendapati kedua-dua mereka bersekedudukan tanpa mempunyai sebarang ikatan pernikahan yang sah.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat," katanya.

Malah katanya, kedua-dua individu berusia 37 tahun itu merupakan penjawat awam.

Difahamkan, suami kepada wanita berkenaan yang menghidap strok turut berada di lokasi serbuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain