suria

Rezeki! Baru 10 minit bagi kucing makan, acik tak dikenali belanja petrol 2 kali... Pemuda segan tapi terpaksa mengalah

Lelaki berkenaan tidak menyangka ada individu baik hati membayarkan minyak motosikalnya selepas dia memberi makan kucing. (Gambar kanan) Makanan kucing di dalam bakul motosikalnya.

PELBAGAI cara boleh dilakukan untuk menambah saham akhirat, antaranya dengan berbuat baik kepada makhluk lain seperti haiwan.

Itulah amalan seorang lelaki ini yang sering memberi makan kepada kucing jalanan.

Malah dia sentiasa menyimpan makanan kucing di dalam raga motosikal untuk memudahkannya memberi makan kepada si bulus yang ditemuinya.

Namun siapa sangka, kehebatan amalan bersedekah kepada haiwan dibalas dengan rezeki yang tidak diduga sebagaimana perkongsiannya di laman sosial.

"Aku singgah food court lepas hantar wife pergi kerja. Lepas settle makan, pergi ke motor nak balik. Ternampak kucing ni. Aku try panggil macam nak bagi makan tu, dia datang.

A volunteer feeds stray cats before providing health treatment at a market place in Banda Aceh on May 5, 2023. (Photo by CHAIDEER MAHYUDDIN / AFP)

Kita digalakkan berkongsi rezeki dengan haiwan sebagai salah satu cara berbuat baik kepada makhluk Allah. -Gambar hiasan/AFP

"Aku selalu ready makanan kucing letak dalam bakul. Lepas settle tuang, biar dia makan, aku gerak. Singgah pam minyak, belum sempat buka seat motor, ada makcik ni panggil, 'Dik dik! Sini ada lebih, meh sini, tapi tak banyak'.

"Aku dengan muka malu-malu nangka busuk, 'Betul ke ni cik? Susah susah je, terima kasih cik'.

"Sedangkan makcik ni pakai apps Setel, kalau dah penuh pun, balance tu dia return balik," tulisnya dalam hantaran tersebut.

Ketika mahu mengeluarkan telefon bimbit untuk menggunakan aplikasi yang sama bagi memenuhkan tangki motosikalnya, wanita yang dipanggil 'makcik' itu sekali lagi menyapanya.

Tambah pemuda berkenaan, wanita itu bersungguh-sungguh mahu membayarkan baki jumlah yang diperlukan sehingga tangki motosikalnya penuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuasa sedekah, duit RM60 ‘beranak’ selepas belanja aunty sedang lapar! Kesian... Lama tunggu nak order tak ada siapa layan

ARTIKEL BERKAITAN: Asbab guna RM5 terakhir dalam poket untuk sedekah, pekerja stesen minyak jumpa pakcik pemurah... Allah ‘bayar cash’ di dunia!

"Aku pun jawab 'Allah cik tak pe, balance saya isi sendiri cik... takpe. Susah-susah je cik'. Makcik tu tak layan aku. Dia sambung 'Acik tambah RM4 cukup?'

"Aku jawab 'dah nak penuh ni cik, tadi saya ada separuh lagi, RM2 penuh dah ni'. Makcik tu kata 'RM2 tak boleh dik, minimum RM3," tulisnya lagi mengimbas kembali perbualan mereka.

Lelaki itu menambah, dia akhirnya 'mengalah' selepas wanita itu bersungguh-sungguh mahu membayarkan juga minyak petrol motosikalnya.

Kekadang tu kita baru saja niat nak bersedekah, kita terima dulu sedekah dari orang lain.

NETIZEN

"Aku dengan rasa bersalahnya 'Alamak, okay cik, susah-susah je Ya Allah cik. Semoga makcik murah rezeki! Terima kasih banyak cik' dengan muka segan-segan nangka kering.

"Begitulah cerita aku pagi tadi. Yang aku nak tekankan ialah hebatnya rezeki Allah. Aku bagi kucing tepi jalan makan, tak sampai 10 minit pun, Allah return balik rezeki tu.

"Benda inilah buat aku percaya rezeki Allah," kongsinya lagi.

Hantaran lelaki berkenaan meraih sehingga 508 perkongsian selepas dikongsikan semula oleh sebuah laman Facebook.

komen kucing

Sebahagian komen netizen pada perkongsian kisah lelaki berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya bukan sahaja memuji sikap lelaki tersebut yang berbuat baik kepada haiwan malah mereka turut berkongsi kisah yang hampir sama.

"The power of sedekah. Saya juga merasa situasi tu. Selepas beri kucing jalanan makan, ada saja rezeki yang Allah kirim dan urusan pun menjadi sangat mudah.

"Saya dan anak selalu bagi makan kucing-kucing jalanan di samping kami ada kucing sendiri. Alhamdulillah.. walaupun saya cuma jual kerepek home made, hari-hari orang order.

"Kekadang tu kita baru saja niat nak bersedekah, kita terima dulu sedekah dari orang lain," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain