suria

Asbab guna RM5 terakhir dalam poket untuk sedekah, pekerja stesen minyak jumpa pakcik pemurah... Allah ‘bayar cash’ di dunia!

Hakim menerima rezeki tak disangka-sangka atas amalan sedekah yang dilakukannya.

REZEKI tak pernah salah alamat.

Seorang pekerja stesen minyak dikenali sebagai Hakim Rizwan tular di TiKTok selepas dia berkongsi cerita tentang kebaikan amalan sedekah yang dilakukannya.

Menurut Hakim, kisah itu berlaku tahun lalu selepas dia membantu seorang pelajar yang lupa membawa wang ketika mengisi minyak di tempat kerjanya.

iphcelebrate290314... Guests at the Havenly Nite Live! celebration putting their money in the donation box for G. Pavishna, 18 months old, who was diagnosed with a hole in the heart during the Havenly Nite Life! celebration on Saturday (march 29).

Bersedekah merupakan amalan terpuji yang digalakkan dalam Islam. -Gambar hiasan

"Aku pernah kerja Shell sebagai pump attendant. Satu hari ada seorang budak lelaki, pelajar nak isi minyak. Dia nak isi RM7, tapi terlupa bawa beg duit.

"Aku pun bayarkan RM5 untuk dia sebab aku cuma ada tu je dalam poket masa tu. Dia berterima kasih dan nak bayar balik tapi aku tak nak. Cuma pesan belajar elok-elok.

"Kalau dia nak balik ambil beg duit, takut dia lambat dan kena marah dengan cikgu. Duit tu sebenarnya aku nak beli roti buat sarapan pagi. Tapi tak apalah kan, rezeki orang lain," imbasnya.

Aku menjadi saksi depan Allah kelak bahawa pakcik tu orang yang sangatlah baik dan pemurah.

HAKIM RIZWAN

Menurut Hakim, dia sama-sekali tidak menyangka bantuan kecil yang dihulurkan akan dibalas dalam nilai yang lebih besar oleh insan lain.

Imbas Hakim, dia sebak apabila dipertemukan dengan seorang individu tidak dikenali yang memberi sejumlah wang kepadanya.

"Satu masa tu Allah bayar cash dekat aku. Ada pakcik isi minyak RM150. Minyak dah penuh, ada baki RM70 di meter pump. Dia kata baki tu dia bagi aku buat belanja. Dia buka beg duit, dia tambah RM50 bagi buat belanja.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga sedekah tepung pelita tak laku ke pusat tahfiz... Guru sebak anak didik diberi makan makanan hancur

ARTIKEL BERKAITAN: Duit ada kurang RM100, tetap nak rasa manis sedekah... Peniaga guna beras di rumah, masak nasi bagi percuma

"Allahuakhbar. Pagi tu aku berterima kasih pada Allah dan pakcik tu. Aku sebak nak nangis sebab tak jangka benda macam ni jadi kat aku. Masya-Allah aku tak berhenti tunduk kepala berterima kasih kat pakcik tu. Sampai sekarang aku ingat rupa pakcik tu.

"Waktu tu memang tak jangka. Aku memang dah nak keluar air mata tapi aku kawal sebab kerja kan. Aku menjadi saksi depan Allah kelak bahawa pakcik tu orang yang sangatlah baik dan pemurah. Terima kasih Allah hadirkan sekeliling aku orang yang baik," ceritanya lagi.

Perkongsian Hakim tentang kisah itu hingga kini menerima lebih 160,000 tontonan di aplikasi TikTok.

major petrol station.-Art Chen/ The Star.

Ada pelanggan yang terlupa membawa wang ketika mahu mengisi minyak. -Gambar hiasan

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang turut sebak dengan kisah berkenaan.

"Betul kuasa sedekah ni. Banyak kali dah terjadi kepada aku walaupun RM1 kita keluarkan, percayalah Allah akan bagi lebih.

"Yang penting ikhlas dalam membantu, Insya-Allah rezeki yang tak dijangka akan datang tanpa disangka.

"Alhamdulillah dik, teruskan membuat kebaikan," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain