suria

Suami gelisah, gara-gara perancang isteri asyik tolak ‘bersama’ macam tak bernafsu! Beri alasan letih, buat kerja tak seberapa

Hubungan intim turut memainkan peranan penting dalam institusi kekeluargaan. -Gambar hiasan

GOLONGAN wanita yang baru melahirkan anak akan dinasihatkan supaya menjarakkan kehamilan bagi memastikan kesihatan dalaman pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun pengambilan pil perancang mahupun suntikan berkaitan akan menyebabkan hormon tidak stabil sehingga menjejaskan ‘fungsi’ wanita selain mengakibatkan keletihan berpanjangan.

Bukan sahaja menjejaskan para wanita, ia turut memberi kesan kepada golongan suami terutama sekali melibatkan hubungan intim.

Suntikan depo-provera dapat membantu merancang keluarga. -Gambar hiasan The Star

Suntikan depo-provera dapat membantu merancang keluarga. -Gambar hiasan The Star

Bimbang situasi menjadi lebih buruk, seorang lelaki berkongsi masalah yang dialami di Facebook dengan harapan dapat mencari jawapan dan solusi kepada masalah ini.

“Saya nak tanya para isteri yang ambil suntikan perancang (depo-provera). Isteri saya dah enam tahun ambil suntikan perancang di hospital kerajaan.

“Betulkah kesan perancang, badan jadi letih, hormon tak stabil, period tak stabil dan lagi parah... isteri tak ada nafsu dengan suami,” dia mengajukan pertanyaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan dingin di ranjang, tak bernafsu buat seks! Ada yang bangga bertahan 4 tahun dalam ‘sexless marriage’ tanpa ‘makan luar’

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tolong potong kuku, suap makan demi tagih kasih suami... Tapi akhirnya kecewa, tetap dicurangi!

Meskipun dia diberi layanan apabila meminta untuk 'bersama', ujar lelaki ini, tindak balas yang ditunjukkan isteri tidak ceria seolah-olah melakukannya kerana terpaksa.

Malah katanya isteri juga tidak pernah menyuarakan keinginan melakukan hubungan intim dengannya.

“Dia tak pernah minta dengan saya, kalau saya minta memang dia bagi tapi macam saya seorang je (tiada tindak balas).

Saya ambil tiga tahun je kemudian rancang sendiri. Lepas berhenti ambil perancang, mood OK dan kepala jarang dah pening.

WARGA MAYA

“Macam-macam saya buat untuk dia, apabila saya tanya ada apa dia tak cakap... hanya tunggu ‘siap’ kemudian tidur. Kalau saya tak minta memang dia buat tak tahu je,” ujarnya.

Menurutnya lagi, keadaan yang berlarutan itu membuatkan isterinya sering memberikan alasan dirinya letih dan mengantuk serta ingin tidur lebih awal.

“Bab letih tu, isteri saya kerja pagi hingga tengah hari manakala saya kerja tengah hari sampai malam.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

“Pagi saya uruskan anak sekolah, tengah hari ambil anak sekolah... kerja rumah saya buat kadang-kadang masak saya siapkan dan baru pergi kerja.

“Kalau betul la kesan ubat, apa yang perlu saya buat,” luahnya yang berharap kasih sayang serta keharmonian rumah tangganya terus terpelihara.

Pertanyaannya itu mendapat pelbagai respons daripada golongan wanita yang berpengalaman.

Selain berkongsi kesan yang dialami selepas mengamalkan kaedah perancang masing-masing, kebanyakannya membantu memberi solusi kepada masalah lelaki ini.

“Saya ambil tiga tahun je kemudian rancang sendiri. Lepas berhenti ambil perancang, mood OK dan kepala jarang dah pening, berat badan pun naik.

“Ada kemungkinan kesan 'depo' (depo-provera) sebab saya dulu pun macam tu, hampir dua tahun juga... berat badan tak payah cakap sebab memang jadi gemuk, mood selalu tak OK serta tak bernafsu.

“Memang kesan satu badan. Enam tahun tempoh yang sangat lama, dah boleh berhenti kemudian bagi dia makan jamu dan bawa pergi berurut,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain