suria

Hidup lelaki ini tak tenang, rasa rindu membara selepas ‘ghosting’ gadis... Kasihan bini di rumah - “Tak pernah jumpa perempuan sebaik tu”

Segelintir lelaki tergamak berlaku curang kepada pasangannya selepas bertemu dengan kekasih lama. -Gambar hiasan

KATA-kata 'jodoh itu rahsia Tuhan' memang benar!

Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki, dia sama sekali tidak menyangka bertemu jodoh dengan wanita yang pernah menjadi bekas kekasihnya.

Bagaimanapun menurut lelaki yang tidak mendedahkan identiti dirinya ini, sebelum bertemu kembali dengan bekas kekasih yang kini sudah sah menjadi isterinya, dia menjalinkan hubungan rapat dengan seorang gadis.

"Dia cantik dan baik. Saya memang tunjuk effort saya suka padanya dan mulalah rapat. Setiap hari contact dan jumpa sebab satu company. Dia pun macam suka saya juga.

"Selepas hampir empat bulan, saya jumpa bekas kekasih dan kami menjalinkan hubungan semula. Jadi saya ghosted (menghilangkan diri) gadis tadi macam tu saja. Dan dia tak marah saya pun.

ghosting 2 new

Tiada mana-mana wanita yang mahu diduakan oleh pasangannya. -Gambar hiasan

"Dia cakap dia kecewa sebab layan dia macam tu. Dia cakap, kalau tak nak, beritahu. Saya sedar saya jahat padanya jadi saya minta maaf kepadanya," luah lelaki tersebut.

Bagaimanapun, disebabkan dihantui rasa terlampau bersalah, lelaki ini mengakui dia tidak dapat melupakan gadis yang pernah disukainya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dipuji tak ‘meroyan’ dapat tahu kekasih curang, bijak atur langkah... Sampai masa terus lapor sampai kena tangkap basah!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki jadi sasau rindu bekas tunang! Dah kena tinggal sebab curang baru sedar dia wanita terbaik, tiada tandingan

"Saya selalu tengok story dia (di media sosial) dan mungkin rindu dia. Dia tak pernah cari saya balik walaupun saya tahu hati dia hancur dan dia sedih.

"Walau dah tunang pun saya masih tak boleh lupakan dia. Kemudian satu hari, kami berjumpa sebab saya rindu dia sangat-sangat.

"Dia cakap jangan cari dia lagi lepas ni sebab dia dah penat. Dia cakap walaupun dia masih sayang saya, tapi dia tak nak buat benda yang sia-sia.

"Yang paling saya tak lupa sampai sekarang, dia nasihat saya. Lepas ini kalau nak buat something, fikir orang lain juga. Jangan buat benda yang akan melukakan hati orang terdekat especially mak dan wife," luahnya mengimbas kembali detik pertemuan terakhir mereka.

Jantan ngada-ngada hati tisu, konon nak minta maaf tapi niat sebenar nak curang.

NETIZEN

Tambah individu itu lagi, dia berusaha melupakan gadis tersebut memandangkan bakal berkahwin dengan bekas kekasihnya.

Bagaimanapun cubaanya tetap gagal sehingga kini sehingga dia bertekad mahu bertemu kembali dengan gadis berkenaan.

"Adakah sebab saya rasa bersalah dekat perempuan yang sangat baik? Saya tak pernah lagi jumpa perempuan sebaik tu dalam hidup saya.

"Saya buat apa-apa dekat dia pun still dia tak marah, tapi nasihat saya elok-elok.

"Perlu ke saya contact dia dan minta maaf? Buat kali terakhir," luahnya sambil meminta pendapat warga maya.

komen ghosting

Sebahagian daripada komen warga maya yang mengecam lelaki berkenaan.

Luahan individu tersebut mengundang perhatian selepas dikongsikan oleh satu akaun di laman X.

Namun rata-rata netizen tidak menyokong hasratnya malah mereka menasihatkan individu berkenaan agar menjaga hati wanita yang sudah bergelar isterinya.

"Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kesian bini kau dapat laki macam kau.

"Jantan ngada-ngada hati tisu, konon nak minta maaf tapi niat sebenar nak curang.

"Hopefully girl tu dah jumpa lelaki yang lagi baik dari awaklah anon. I bet dia lebih bahagia sekarang," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain