suria

Gadis merajuk teman lelaki balas mesej cinta guna ChatGPT, rancang nak minta putus - “Dia guna komputer je, tak ikhlas!”

Banyak liku-liku yang perlu dilalui dalam bercinta. -Gambar hiasan

HUBUNGAN romantis memerlukan kesefahaman daripada kedua-dua belah pihak untuk menjayakannya.

Selain itu, perkara yang paling penting untuk dilihat adalah usaha yang ditonjolkan pasangan.

Namun melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang gadis berkata dia terkilan dengan teman lelakinya kerana tidak jujur dalam berkomunikasi.

Mengenali keperibadian pasangan merupakan satu proses. -Gambar hiasan

Menurutnya, hal tersebut dapat dihidu apabila pasangannya itu secara mengejut menghantar mesej berbahasa Inggeris yang puitis dan bebas daripada kesalahan tatabahasa.

"Teman lelaki saya selama ni kalau hantar mesej dalam bahasa Inggeris memang grammar 'hauk' (teruk). Sekali tu tiba-tiba dia hantar mesej elok je jadinya, sedap dibaca bahasa Inggeris yang ditulis.

"Saya macam was-was, betul ke ni? Saya pun cuba siasat, saya copy mesej yang saya hantar dekat dia pada awalnya dan letakkan dalam ChatGPT (aplikasi kecerdasan buatan khusus untuk penulisan).

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 3 pagi masih dengan lelaki, bakal mentua terus ‘downgrade’ teman wanita anak - “Kalau hantaran ni... dua tiga ribu je”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak kisah bersuamikan lelaki nafsu songsang, tetap ‘bersama’ tapi ada syarat - “Aku tahu dia gay sejak awal lagi”

"Ternyata ChatGPT berikan respons sama, sebiji macam yang teman lelaki saya tu balas. Tergores hati ni, saya bersungguh menyuarakan apa yang terbuku dalam jiwa raga saya, tapi dia boleh reply guna komputer je, tak ikhlas langsung.

"Patut ke saya tinggalkan dia sebab sambil lewa macam ni?," ujar gadis itu meminta pendapat.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berpendapat perkara seremeh itu tidak sepatutnya menjadi asbab kepada hubungan percintaan diputuskan.

Saya mewakili kaum lelaki, kami tak secekap perempuan untuk meluahkan emosi, susah kami rasakan.

WARGA MAYA

"Saya rasa teman lelaki awak tu mungkin kurang yakin nak berbual dalam bahasa Inggeris, tak boleh salahkan dia sepenuhnya juga. Saya lihat cubaan dia menggunakan ChatGPT tu pun adalah satu bentuk usaha.

"Kalau nak tahu, suami saya dulu sebelum kahwin waktu zaman bercinta, memang salin ayat-ayat sweet daripada Google dan hantar dekat saya. Dia jujur cakap memang tak pandai bermain dengan bahasa.

"Alhamdulillah sekarang saya dan suami sudah selamat enam tahun berkahwin, anak pun ada dua orang. Mesej cinta dengan ayat yang gempak bukan penentu segala-galanya. yang penting dia betul sayang kita.

Perbincangan warga maya di ruangan ciapan balas.

"Saya mewakili kaum lelaki, kami tak secekap perempuan untuk meluahkan emosi, susah kami rasakan. Sekurang-kurangnya teman lelaki awak tu ada ikhtiar juga, ramai je kawan saya yang terus buat endah tak endah," kata warga maya.

Seterusnya warga maya turut mencadangkan supaya gadis tersebut menggunakan bahasa Melayu ketika bercakap dengan teman lelakinya.

"Saya berpendapat mungkin lebih mudah jika adik berbalas mesej menggunakan bahaya Melayu yang merupakan bahasa ibunda kita, melainkan kalau boyfriend adik tu mat salih.

"Cakap bahasa Melayu 'rojak' pun boleh, tak perlu nak baku sangat. Sama-sama kita memperkasakan bahasa kebangsaan kita," ujar sebahagian pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain