suria

Lelaki jadi sasau rindu bekas tunang! Dah kena tinggal sebab curang baru sedar dia wanita terbaik, tiada tandingan

Kebanyakan wanita akan meninggalkan terus kekasih yang didapati curang. -Gambar hiasan

MENDAPATKAN pasangan terbaik yang boleh hidup bersama di saat susah dan senang bukanlah semudah memilih ikan di pasar borong.

Meluahkan perkara sama di laman sosial, seorang lelaki berasa kesal apabila menyedari dirinya telah ‘terlepas’ pasangan terbaik disebabkan kesilapan sendiri.

Malah, katanya, beberapa wanita yang dikenali selepas insiden tersebut tidak mampu menyaingi wanita itu yang juga bekas tunangnya.

“Aku putus tunang dengan dia sebab aku kantoi curang dan dia cut off terus hubungan dengan aku.

melancong

Kebanyakan wanita gemar menghabiskan masa dengan aktiviti melancong. -Gambar hiasan The Star

“Dia perempuan hebat, kewangan memang stabil, ada karier yang baik dan berpendidikan tinggi... silap aku, setiap kali gaduh aku cari perempuan lain dan abaikan dia,” luahnya sayu.

Dia yang kini berusia 32 tahun berkata, perasaan rindu dan keinginan untuk kembali menjalinkan hubungan dengan bekas tunangnya sangat tinggi namun wanita berkenaan enggan menerima dirinya semula.

Tambahnya lagi, dia hanya mampu mendengar khabar berita tentang bekas tunangnya itu daripada adik wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Selepas buat 2 kerja kumpul duit hantaran, GF minta putus... tahu-tahu bertunang dengan laki lain guna pelamin, baju tunang dipilih bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Luka putus tunang belum sembuh, ibu pula dijemput Ilahi 3 bulan kemudian... Jejaka ubat jiwa kosong dengan 36 ekor kucing

“Kadang-kadang aku ada juga tanya adik dia tentang diri dia dan adik dia kata she's doing great... selalu melancong dan sekarang tengah sambung PhD.

“I really miss her dan nak dia kembali tapi aku tahu yang aku dah buat silap besar dan kehilangan dia selamanya. Kalau bandingkan dengan perempuan yang aku curang tu, memang langit dan bumi,” ujarnya.

Berharap perkara sama tidak berlaku kepada lelaki lain, dia turut memberikan kata-kata nasihat supaya menghargai hubungan yang sedang terjalin dan pasangan dijaga dengan baik.

Leave her alone. Tengok cermin dan cari yang sama level dengan kau. Tolonglah jangan sakitkan hati orang yang tak pernah buat dosa pun dengan kita.

WARGA MAYA

So janganlah curang, you will regret it. Bekas tunang aku tak ada curi tengok phone ke apa tapi kantoi juga masa last aku jumpa dia.

“Dia kata dia selalu doakan Allah berikan yang terbaik dan mungkin hasil doa dia, tak payah cari pun aku kantoi. Sumpah aku heart broken,” tambahnya yang memadu asmara dengan perempuan daripada aplikasi dating.

Dalam pada itu, dia masih menaruh harapan supaya bekas tunangnya memberi peluang sekali lagi kepada dirinya.

Netizen tampil mempertahankan bekas tunang lelaki tersebut.

Netizen tampil mempertahankan bekas tunang lelaki tersebut.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya memberi reaksi kurang senang terhadap dirinya yang terlalu mudah mendapatkan pengganti apabila berdepan masalah bersama pasangan.

“Padan muka memang padan la. Nasib baik laki aku suka main game... gaduh dengan aku dulu dia main game sampai lebam.

“Dia curang tapi dia pula yang sedih... macam ‘langit dan bumi’ but you still cheated on her. Kalau tak kantoi mesti kau masih curang dan tak rasa sedih kan?

“Ini adalah contoh lelaki tak guna, pendek akal dan terlalu ikut perasaan. Pada lelaki lain think before you act.

Leave her alone. Tengok cermin dan cari yang sama level dengan kau. Tolonglah jangan sakitkan hati orang yang tak pernah buat dosa pun dengan kita,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain