suria

2 tahun buat baik, bantu kewangan tapi nikah gadis lain... Wanita ‘tersakiti’ guna sihir, minta bomoh mandulkan kawan lelaki

Seorang wanita mengaku menghantar sihir kepada bekas rakan lelaki. -Gambar hiasan

GANGGUAN emosi, dengki, rasa tidak puas hati terhadap seseorang menjadi pendorong segelintir individu mengambil jalan mudah dengan menggunakan sihir.

Golongan ini mungkin berasa gembira dan puas dapat melihat individu yang terkena sihir itu menderita dan hidup merana atas sebab tertentu.

Tindakan keji itulah yang dilakukan oleh seorang wanita apabila seorang lelaki yang dikenalinya memilih orang lain untuk dijadikan pasangan hidup.

Menerusi satu hantaran di laman X, dia mengakui menyihir lelaki terbabit kerana marah dan kecewa selepas ditinggalkan.

Seorang wanita menggunakan sihir yang dilarang agama demi puaskan hatinya. -Gambar hiasan

"Saya hantar sihir pemisah dekat kawan dan isteri dia. Untuk pastikan dia menderita lebih teruk, saya minta tok bomoh tu mandulkan dia.

"Sebab hajat dia bernikah nak dapatkan anak. Saya tahu ni dosa besar tapi saya rasa 'sakit' dipermainkan," katanya.

Berdasarkan penceritaan dalam posting itu, dia merupakan individu yang banyak membantu pemuda berkenaan sepanjang tempoh perkenalan mereka selama dua tahun.

Namun, dia memutuskan untuk menjauhkan diri setelah mengetahui lelaki itu memilih wanita lain sebagai teman hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dicalit minyak dagu, pemandu mengantuk sampai kemalangan! Ustaz ini bongkar amalan sihir pemusnah

ARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam hilang angkara sihir! Wanita mimpi gambar dipuja, kulit sakit rasa dihiris... Ramai takut nak sidai baju luar rumah

Bagaimanapun, lelaki berkenaan cuba memujuk dan merayu supaya dirinya tidak ditinggalkan.

"Dia bergantung dengan saya dah nak dekat dua tahun. Walaupun lepas dia bertunang dan saya jauhkan diri, dia pujuk saya semula. Nak saya teruskan berada dalam kehidupan dia.

"Saya kenal keluarga dia, bantu dia sejak kami kenal (termasuk kewangan). Akhirnya dia masih pilih wanita lain. Jadi kalau saya tak boleh bersama dia, tak ada orang lain juga yang boleh," ujarnya lagi.

Awak kena faham. Yang awak buat ni bukan setakat berdosa besar. Awak menduakan Allah.

NETIZEN

Susulan tularnya hantaran ini, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen.

Selain tidak bersetuju dengan apa dilakukan, rata-ratanya menasihati agar wanita ini bertaubat atas tindakan kejinya itu.

"Awak kena faham. Yang awak buat ni bukan setakat berdosa besar. Awak menduakan Allah. Tuhan awak. Semoga terbuka pintu hati awak untuk bertaubat. Insya-Allah.

"Syirik tetap syirik dan berdosa besar. Kau rasa kau puas ke sebab buat macam tu dekat kawan kau? Rasa diri tu dah kuat nak hadap api neraka yang hitam menyala tu. Saya pun sakit hati dekat orang lain juga tapi tak guna nak buat orang lain merana.

Komen netizen pada hantaran asal.

"Awak, saya pun pernah patah hati sedih gila sampai saya dengar satu ceramah ni. Ustaz tu cakap, seandainya kita menyayangi Rasulullah SAW, maafkan insan-insan yang menyakiti hati kita sebab kita nak jumpa Baginda dekat syurga nanti," komen beberapa netizen.

Untuk peringatan bersama, Islam menolak amalan sihir sebagaimana dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Malah, umat Islam diajar untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir yang boleh membinasakan pengamalnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain