suria

Masak lauk lebih, ‘halang’ makan sampai habis rupanya petanda nak ‘pergi’! Anak menyesal tak tidur rumah ibu

Ikan tiga rasa yang menjadi hidangan terakhir yang disediakan oleh ibu individu berkenaan.

AIR tangan seorang ibu pasti menjadi antara yang paling dirindui oleh anak selepas pemergian wanita itu buat selama-lamanya.

Begitu juga dengan lelaki ini yang meluahkan rasa rindu untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh ibunya, menerusi satu perkongsian yang dibuat di laman TikTok.

Dia turut mengimbas kembali kenangan menikmati hidangan ikan tiga rasa yang disediakan oleh ibunya sebelum meninggal dunia, tanpa menyangka bahawa ia merupakan air tangan terakhir insan kesayangannya itu.

"Sejak ibu sakit, ibu selalu masak lauk simple yang rebus-rebus, goreng-goreng saja, dah jarang masak lauk yang renyah dan susah.

"Tapi ada satu tengah hari tu, ibu randomly ajak abah keluar cari ikan dekat tempat yang selalu orang bawa naik ikan di tasik.

"Lepas dah balik, ibu siang semua ikan yang dibeli. Selalunya ibu tak larat sangat nak siang ikan atau ayam. Tapi kali ini ibu siang semua.

"Esoknya ibu tanya nak masak apa ikan tu, aku dengan adik cakap nak makan masak tiga rasa. Ibu masakkan ikan tiga rasa untuk kami. Selang beberapa hari, ibu masak baki ikan yang dibeli, ibu masak ikan tiga rasa lagi," kongsinya.

kubur

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. -Gambar hiasan

Menurutnya, kali kedua menyediakan hidangan tersebut, ibunya tidak turut serta menikmatinya sebaliknya lebih selesa memerhatikan dia, adik serta bapanya menjamu selera.

"Nasi dah habis, tapi ikan masih berbaki seekor di pinggan. Ibu kata simpan esoklah ikan tu, esok ibu dah tak masak dah.

"Tapi aku cakap, 'tak apa esok kita masak lauk lain, lauk ni sedap... kena habiskan malam ni juga', imbasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudu pun tak alih... Sambal ayam arwah ibu belum terusik, 4 tahun dalam peti sejuk! - “Biarlah saya simpan hingga pinggan retak”

ARTIKEL BERKAITAN: Kiub tomyam jadi kenangan, anak bongsu simpan walau tamat tempoh... Terkilan tak sempat rasa air tangan arwah ibu

Selesai menikmati makan malam dengan lauk kegemarannya dan sempat meluangkan masa bersembang seketika, lelaki itu dan adiknya meminta diri untuk pulang ke rumah.

Namun tanpa disangka, malam tersebut rupanya menjadi malam terakhir dia meluangkan masa bersama ibu kesayangannya.

Sama macam mak saya. Dia minta temankan dekat wad tapi saya kena pergi sekolah. Elok je nak pergi sekolah, dia menghembuskan nafas terakhir.

NETIZEN

"Ibu sesak nafas dan menghembuskan nafas yang terakhir sewaktu dalam perjalanan ke hospital depan mata aku. Betullah cakap ibu, esok ibu dah tak masak dah.

"Ikan masak tiga rasa tu adalah masakan terakhir ibu. Penyesalan terbesar dalam hidup aku adalah aku tak nak sembang dan tidur dengan ibu malam tu.

"Entahlah. Menyesal sampai sekarang. Kalau parents ajak temankan makan, sembang atau tidur sekali, please temankan. Jangan jadi macam aku," akhirinya.

Perkongsian tersebut ternyata membuatkan rata-rata warga maya turut sebak dan ada di antara mereka yang berkongsi kisah masing-masing.

komen ikan

Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing yang kehilangan insan tersayang.

"Ibu saya pergi tahun lepas. Hari terakhir sebelum dia pergi, dia cakap rasa nak makan waffle sebab masa tu dah tiga hari dia tak makan sebab tak ada selera. Sampai sekarang kalau nampak orang jual waffle, aku teringat dekat ibu.

"Sama macam mak saya. Dia minta temankan dekat wad tapi saya kena pergi sekolah. Elok je nak pergi sekolah, dia menghembuskan nafas terakhir.

"Bila ibu, ayah atau sesiapa ajak teman pergi mana-mana, please temankan. Jangan jadi macam saya, arwah ayah ajak teman beli limau, saya tak nak... menyesal,"demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain