suria

Selepas kerja 10 tahun baru dapat kerjaya idaman, lelaki minta graduan baharu bersabar cari rezeki luar bidang

Setiap graduan ingin memiliki kerja idaman seperti kelulusan yang dimiliki. -Gambar hiasan The Star

MENDAPATKAN kerja idaman dengan gaji setimpal bukanlah semudah yang disangka meskipun anda merupakan graduan bidang tersebut atau mempunyai pelbagai kelayakan.

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan individu terpaksa pasrah dengan apa sahaja peluang pekerjaan yang ada demi meneruskan kelangsungan hidup.

Menyedari situasi ini, seorang lelaki tampil berkongsi pengalaman dan memberikan kata-kata positif kepada mereka yang mengalaminya.

Ramai yang terpaksa redha dengan tawaran pekerjaan yang ada. -Gambar hiasan

Ramai yang terpaksa pasrah dengan tawaran pekerjaan yang ada. -Gambar hiasan

Menerusi perkongsian di laman X, dia berkata kerja idaman kadang kala datang selepas tempoh 10 tahun seseorang itu berkecimpung dalam dunia pekerjaan.

“Kebiasaannya, kerja idaman kita tak datang dalam proses cari kerja atau semasa kita berstatus fresh graduate.

“Dia datang kadang selepas dua atau tiga tahun dan kadang-kadang selepas 10 tahun,” ujarnya berkongsi pengalaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja berbelas tahun tapi gaji ciput? Recruiter pesan tak perlu jadi pekerja setia, ‘lompat’ syarikat lagi untung besar

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kilang di Selangor yakin mental kuat cari rezeki di Singapura, tak merungut kerja 61 hari tanpa henti

Bukan itu sahaja, baginya, tempoh panjang yang perlu dilalui itu disifatkan sebagai fasa membina diri supaya mereka yang melaluinya akan lebih bersedia serta menghargai peluang yang diperoleh.

“Tempoh sebelum bertemu kerja idaman itu adalah aturan tuhan supaya kita lebih bersedia dan hargai apabila dapat,” tambahnya.

Pandangan yang diberikannya itu mendapat perhatian warga maya sehingga ramai yang meluahkan situasi seumpamanya.

Kebanyakan warga maya mengalami situasi yang sama.

Kebanyakan warga maya berkongsi mengalami situasi yang sama.

Dalam pada itu dia turut berkongsikan beberapa tip supaya mereka yang berdepan situasi tersebut terus cekal dan tidak berterusan ‘hanyut’ dengan pekerjaan sedia ada.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan lelaki ini dan berharap mendapat peluang untuk menikmati kerja idaman masing-masing.

“Setuju! Orang kata usaha tidak mengkhianati hasil, tapi end game di sini tetap berbalik pada takdir rezeki masing-masing.

“Terbalik pula dengan saya. Saya dapat kerja idaman semasa fresh grad dan selepas tiga tahun bertukar kerja baru, yang masih kerja idaman saya tapi rezeki tak lama... 10 bulan sahaja dan sekarang mungkin perlu keluar bidang.

“Saya harap perjalanan untuk dapatkan kerja idaman tu dpermudahkan. Amin.

“Doakan dapat kerja idaman. Baru interview minggu lepas. Penat dah duduk dalam syarikat sekarang... dapat secure interview pun dah rasa happy sangat,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain