suria

Wanita kantoi curi 6 bungkus nasi kerabu, buat helah tertinggal duit dalam kereta... Tergamam dicekup pekedai!

Tangkap layar video yang dikongsi oleh pemilik kedai.

VIDEO seorang pelanggan wanita yang didakwa cuba mencuri makanan daripada sebuah restoran di Permatang Pauh, Pulau Pinang hangat menjadi perbualan netizen menerusi media sosial.

Menurut pemilik kedai yang dikenali sebagai Abe Zaini, dia berkongsi video itu kepada para pengikut TikTok sebagai peringatan agar kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.

Menurut Abe Zaini, ia bukanlah kejadian pertama, sebaliknya dia mendakwa wanita itu berulang kali menggunakan taktik sama untuk mencuri makanan daripada restoran tersebut.

peniaga2

Pemilik kedai tampil membuat penjelasan tentang kes tular itu.

"Kami dah kesan kelakuan dia buat banyak kali, melebihi tiga kali... selebihnya Wallahualam. Pertama kali dia datang, dia ambil makanan dan keluar. kali kedua masih macam tu.

"Kali ketiga kami kesan dan kami plan buat video sebagai bukti dan akhirnya kantoi, ambil makanan tak bayar. Daripada mula dia ambil nasi kerabu, staf saya bungkus enam bungkus, dia ambil makanan vendor dan dia order air Nescafe ais

"Selepas ambil semua dia tak datang cashier untuk tahu harga, sebaliknya dia terus keluar kedai. Jadi kami rasa dia niat tak mahu bayar, kami sekat dan tangkap dia," dakwanya.

Benda ni kalau saya papar muka, memang aib... tapi saya blur gambar dia, tiada siapa kenal.

ABE ZAINI

PENIAGA MAKANAN

Tambahnya harga keseluruhan makanan yang dipesan mencecah RM70.

Menurut Abe Zaini lagi, pelanggan wanita itu cuba berdolak-dalik dengan memberi alasan mahu mengambil wang yang tertinggal di dalam kereta.

Selepas disoal siasat, dia kemudiannya membenarkan wanita itu pergi ke keretanya untuk mengambil wang, namun pelanggan berkenaan terus melarikan diri.

"Kalau betul dia nak bayar, mesti dia datang cashier, tanya harga. Kalau tak cukup duit baru pergi ambil duit di kereta. Tapi dia memang sengaja tak mahu bayar, dia nak pergi ke kereta, kami sekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Restoran tiada staf, owner percaya pelanggan! Sendiri bungkus, kira dan bayar... Hutang pun boleh - “Tinggi tawakal dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh tauke restoran mengaku letak ‘bahan istimewa’ dalam makanan influencer, tunggu KKM serbu! - "Dah terciduk, cakap marketing”

"Apala kami sekat, dia jawab jawapan yang tak munasabah, dia kata tak pernah datang, tak biasa datang. Kami tarik ke belakang tanya staf yang bubuh nasi, staf kata dah banyak kali dia datang.

"Saya cakap akak kena bayar makanan ni. Dia kata duit dalam kereta. Saya pun biarkan dia pergi ambil duit dalam kereta, dan dia tak kembali," dakwa peniaga restoran makanan Kelantan itu lagi.

Selepas membongkar kelakuan pelanggan wanita itu, Abe Zaini berkata dia menerima pelbagai komen termasuklah yang menuduh dia sekadar membuat content untuk perniagaannya.

Nasi Kerabu seller Suhaib Sidek he stall located at 1, Jalan Tengah, Kuala Lumpur.

Nasi kerabu merupakan makanan yang digemari ramai rakyat Malaysia. - Gambar hiasan

Jelas Abe Zaini, dia turut dituduh membuka aib meskipun wajah wanita itu dikaburkan menerusi video yang dikongsi di TikTok miliknya.

"Ada orang suruh maafkan. Kami boleh maafkan, tapi kenapa undang-undang dan agama kita ada hukuman untuk pencuri? Bagi saya, saya viral benda ni untuk (peringatan) peniaga sekitar.

"Benda ni berlarutan, berleluasa orang masuk kedai tak bayar. Yang ini melibatkan (kes) ambil selalu (banyak kali) dengan kuantiti banyak.

"Benda ni kalau saya papar muka, memang aib. Tapi saya blur gambar dia, tiada siapa kenal, kemungkinan yang dekat je kenal.

"Kalau sesiapa tiada duit nak makan, beritahu. Ada je yang tiada duit datang nak makan, kami belanja," ujar Abe Zaini lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain