suria

Ramai-ramai pegang, kemudian tinggal senduk dalam bekas nasi! Pelanggan geli makan di kedai, terbayang kuman melekat

Senduk yang ditinggalkan di dalam bekas nasi dianggap tindakan yang kurang bersih. -Gambar hiasan

ANTARA perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum menjamu selera di gerai atau restoran adalah aspek kebersihan.

Bagaimanapun, apabila memilih untuk makan di luar, sudah pasti terdapat pelbagai ragam pelanggan yang bersama-sama menjamu selera dengan kita.

Apa yang pasti, setiap pelanggan bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga kebersihan dan mempunyai 'common sense' agar tidak menimbulkan rasa kurang selesa orang lain.

Dalam satu perkongsian yang tular di laman grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, seorang individu tampil menegur sikap pelanggan yang gemar meninggalkan senduk di dalam bekas nasi selepas selesai mencedok makanan itu ke dalam pinggan masing-masing.

nasi 3

Ada yang berpandangan senduk wajar diletakkan di bekas yang berasingan dengan lauk terutamanya di restoran layan diri. -Gambar hiasan

"Kepada B40 atau T20 sekalian, minta tolong kepada semua. Kalau makan dekat kedai jenis layan diri, senduk tolong jangan tinggalkan dalam macam ni!!!

"Geli betul aku nak makan kalau macam ni. Habis kuman-kuman melekat dekat nasi.

"Tiap-tiap kedai makan pasti ada perangai yang suka tinggalkan senduk dalam ni. Geram tau," luahnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Loya tekak! Tukang masak tegur peniaga guna pinggan mangkuk daki berkerak, penjual pisang goreng pun kena

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh tauke restoran mengaku letak ‘bahan istimewa’ dalam makanan influencer, tunggu KKM serbu! - "Dah terciduk, cakap marketing”

Perkongsian tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial, dengan ada sebahagian warga maya menyokong pandangan individu berkenaan, dan ada juga yang mengecamnya.

Bawa bekal sajalah. Itu baru senduk nasi. Belum senduk lauk pauk lagi. Semua orang pegang-pegang.

NETIZEN

"Saya pun jenis geli juga kalau senduk tinggal dalam nasi ni. Tangkai senduk tu kena dekat nasik. Sehari berapa banyak tangan dah pegang senduk tu.

"Pernah tengok 'brother' tu sebelum masuk kedai dia hembus hingus pakai tangan lepas tu dia masuk-masuk kedai, calit-calit tangan kat baju terus ambik nasi. Padanlah sedap.

"Dalam kursus pengendalian makanan dah cakap yang senduk tak boleh tinggal dalam bekas nasi, ais. Patut kedai Melayu guna konsep nasi kandar. Ada joki yang sendukkan lauk," demikian antara komen netizen.

nasi 2

Perkongsian lelaki tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.

Bagaimanapun sebahagian daripada netizen berpandangan pendapat individu berkenaan tidak relevan dan dia dianggap 'acah-acah bersih'.

"Bawa bekal sajalah. Itu baru senduk nasi. Belum senduk lauk pauk lagi. Semua orang pegang-pegang.

"Beriya betul... makan sajalah dekat rumah kalau rasa situ ada kuman. Bukan semua orang ada common sense macam kita.

"Itu baru senduk. Kau pergi dekat dapur dia, check macam mana dia sediakan makanan tu lagi. Makan luar ni ibarat kau reda sajalah pasal kebersihan. Nak betul-betul bersih memang kena masak sendiri, baru tahu bersih ke tidak," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain