suria

Berhabis RM25,000 beli Apple Vision Pro, ada pula kaitkan dengan ramalan The Simpsons... Pemuda ini tegur jaga akidah!

Faiz menerima komen berkaitan teori konspirasi selepas memuat naik video reviu Apple Vision Pro.

THE Simpsons (siri kartun) dah ramalkan benda ni.

Demikian antara komen yang diterima seorang pemuda selepas dia berkongsi video ketika menggunakan gajet terbaharu Apple Vision Pro, baru-baru ini.

Pencipta kandungan itu, Faiz Zainal berkata dia tidak marah dengan komen sedemikian, sebaliknya akan membuat penjelasan menerusi video-video di YouTube miliknya.

"Apple Vision Pro itu saya beli sendiri, RM25,000. Saya beli dekat reseller sebab unit sangat-sangat terhad dan susah nak dibawa masuk ke Malaysia.

faiz 1

Komen-komen netizen di media sosial Faiz.

"Saya tak marah pun (komen) itu. Sebab tahu benda ini benda baru dan mungkin ramai tak tahu apa kebolehannya. Saya akan jelaskan dalam video YouTube nanti.

"Pesanan saya, jaga akidah dan kepercayaan kita. Jangan beriman dengan kartun sebagai sumber konspirasi," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Seperti yang diketahui ramai, siri kartun The Simpsons sering mencuri tumpuan dengan ramalan tentang beberapa kejadian di seluruh dunia yang menjadi kenyataan.

Malah penggunaan gajet mirip Apple Vision Pro pernah dipaparkan menerusi salah satu episod siri kartun itu pada tahun 2016.

Jaga akidah dan kepercayaan kita... jangan beriman dengan kartun sebagai sumber konspirasi.

FAIZ ZAINAL

Ia sekali gus menimbulkan cakap-cakap ramai tentang ramalan kartun berkenaan memandangkan Apple Vision Pro baru dilancarkan pada 2 Februari 2024.

Namun kata Faiz, komen-komen yang mengaitkan produk keluaran Apple itu dengan ramalan The Simpsons adalah menyimpang dan mungkin sekadar kebetulan sahaja.

"Macam agak jauh juga menyimpang percaya video kartun untuk ramalan. Tak dinafikan, memang ada beberapa perkara yang hampir sama berlaku antara kartun The Simpsons dan realiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami umur 62 tahun, content creator terus dihina dan disindir hamil anak ketiga - “Ingat dah tak boleh pakai lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak selesa gerai kecil jadi viral, peniaga minta ‘content creator’ padam video reviu... Risau gagal layan pelanggan

"Pencipta kartun tu pun manusia yang ada daya fikiran yang kreatif untuk cipta kartun hiburan yang relate dengan dunia sebenar. Kadang mereka hanya guna fikiran kreatif untuk buat sesuatu yang ‘mungkin’ akan berlaku di masa depan.

"Sebab daya fikiran kreativiti ni tak terhad. Tak dinafikan, kadang scary juga sebab ada moment yang sama dengan situasi sebenar. Tapi itulah, boleh jadi kebetulan," ujarnya lagi.

Selain itu, Faiz mendedahkan dia turut dituduh 'berlagak' selepas memuat naik video reviu tentang penggunaan gajet terbaharu itu.

faiz 2

Faiz turut membuat video penjelasan tentang Apple Vision Pro menerusi YouTube.

"Kerja saya memang review tech. Benda-benda baru macam ni la yang buat saya boleh lari dari rasa bosan dengan tech lain yang sama je.

"Menarik untuk explore dan kaji apa kebolehan dia dengan harga RM16,000. Kalau saya tak buat apa saya buat sekarang, memang saya tak akan beli.

"Sejujurnya saya tak marah sangat orang cakap bukan-bukan pasal content saya, sebab mungkin mereka tak faham kerja saya dan teknologi baru," ujar Faiz yang memiliki hampir 400,000 subscribers di YouTube.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain