suria

Suami tiada nafsu dengan isteri, suka tidurkan anak perempuan umur 9 tahun... Netizen pelik, anggap tak normal

Hubungan suami isteri yang hambar boleh merosakkan rumah tangga. -Gambar hiasan The Star

PERKAHWINAN yang dibina dengan restu keluarga sering dikaitkan dengan kebahagiaan berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Yakin dengan ungkapan seumpama itu, seorang wanita sanggup mempertaruhkan usia mudanya dan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga.

Tambahan pula, dia merupakan calon menantu idaman bagi mentuanya.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh 10 tahun perkahwinan, dia yang enggan dikenali mengakui tertekan dengan kehidupan berumah tangga.

Lelaki berbadan gempal sering mengalami masalah kesihatan berkaitan kesuburan. -Gambar hiasan

Lelaki berbadan gempal sering mengalami masalah kesihatan berkaitan kesuburan. -Gambar hiasan

Segalanya bermula daripada sikap suaminya yang panas baran dan gemar menghamburkan kata-kata cacian di hadapan anak-anak.

“Saya tak tahan dengan sikap suami, mulut dia pun boleh tahan... dia selalu mengata saya depan anak-anak. Ibarat saya ibu tak berguna dan tak boleh ditegur.

“Kami kahwin sebab mak mentua yang nak sangat saya jadi calon menantunya. Asalnya memang saya tak nak tapi orang selalu berpesan, kalau ikut cakap mak insya-Allah berkat hidup... tapi saya sebaliknya,” luahnya memulakan bicara.

Pernah membuat aduan di pejabat agama kira-kira dua tahun lalu, ujarnya, sesi kaunseling yang diterima bagai mencurah air ke daun keladi apabila sikap suaminya tidak berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru setahun kahwin isteri asyik minta cerai, lari rumah mak! Suami disaran bersabar, itu cara orang perempuan gaduh

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri tanpa zuriat kecil hati tauke kedai tanya tentang anak, rupanya senasib malah lebih teruk diuji

“Suami hadir, alasannya dia kerap penat dan tidak berpuas hati kerana saya tak tolong mentua di dapur serta suka tidur.

“Tapi saya 24 jam menjaga anak dan menguruskan rumah, suami tak rajin membantu ketika anak masih kecil. Jadi balik kampung saya reward dengan cara berehat,” ujarnya.

Buntu dengan masalah dialami, dia kemudiannya mendiamkan diri sejak Ogos tahun lepas.

Bagaimanapun, suaminya seolah-olah tidak mengetahui ‘tunjuk perasaan’ yang dilakukan sehinggalah ia berlarutan sehingga kini.

Anak sulung perempuan umur sembilan tahun, bapa yang tidurkan... lain macam.

WARGA MAYA

“Dia tak tidur dengan saya alasan nak tidurkan anak padahal ustaz pesan, lepas tidurkan anak kembali pada isteri semula dan setiap minggu kena adakan hubungan.

“Anak pun dah besar, sulung perempuan berusia sembilan tahun manakala adik lelaki tidur dengan saya. Sepanjang 10 tahun berkahwin, hanya beberapa kali sahaja bersama,” luahnya lagi.

Mengakui semakin tertekan dengan masalah yang dialami, dia pernah menyuarakan hasrat untuk berpisah beberapa kali, namun diminta bersabar oleh kedua-dua orang tuanya.

“Lagipun suami memang tak ada perempuan lain tetapi mungkin menghadapi masalah kesihatan kerana dia berbadan besar.

Warga maya memberikan pandangan masing-masing.

Warga maya memberikan pandangan masing-masing.

“Pada masa sama dia sering bertanya pada anak perempuan bila mak akan pindah keluar,” katanya.

Luahannya itu kemudian dikongsikan di laman Facebook sehingga mendapat perhatian warga maya.

Menyelami kisah yang diceritakan, beberapa warga maya meluahkan kebimbangan berikutan suami wanita terbabit lebih gemar menemani anak perempuan tidur.

“Kak, dia tak bernafsu dengan kau tapi suka tidurkan anak perempuan usia sembilan tahun? Mesti ada masalah kak.

“Ini boleh dikategorikan dengan 'mental torture'. Tak disakiti zahir, tapi batin yang sakit.

“Anak sulung perempuan umur sembilan tahun, bapa yang tidurkan. Kemudian si bapa pun pernah cakap kat anak sulung bila maknya nak pindah... Lain macam.

“Jalan keluar adalah berpisah je sebab dah pergi kaunseling tapi tak berubah juga,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain