suria

Menyesal upah tukang murah, serba-serbi tak reti! Bayar RM4,000 lukis pelan pun salah, ukuran semua ‘lari’

Kos mengupah arkitek atau pereka hiasan dalaman lazimnya agak tinggi. -Gambar hiasan

KOS untuk pembinaan atau pengubahsuaian sesebuah kediaman bukanlah kecil, lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan kepakaran tenaga mahir.

Justeru tidak hairanlah ada segelintir individu yang memilih untuk menggunakan khidmat arkitek atau pereka hiasan dalaman yang mengenakan caj yang rendah demi menjimatkan kos.

Bagaimanapun, bagi beberapa kes yang kurang bernasib baik, mereka terpaksa melabur wang berkali ganda untuk membaik pulih kediaman selepas pihak yang diupah membuat kerja dengan cincai, sebagaimana nasib yang dialami lelaki ini.

"Saya tengok ramai tanya harga arkitek dan ID (interior designer). Saya nak beritahu, yang murah tak semestinya bagus. Nanti tengah buat rumah, anda akan tahu kenapa mereka murah.

"Saya dah 'terkena'. Bukan kena scam atau tipu. Tapi yang murah, biasa memang tahap ilmu dan service mereka tak ke mana sangat," kongsinya menerusi laman grup Tukang Apa Hari Ini.

Menurut lelaki berkenaan, selepas membuat tinjauan perbandingan harga, dia akhirnya mengupah seorang arkitek dengan kos sebanyak RM4,000.

Construction worker can be seen sitting on a house roof on a hot weather. — MARIA IBRAHIM/The Star

Mereka yang ingin membina atau mengubah suai kediaman disarankan mengambil perkhidmatan daripada pihak yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi agar mendapat hasil yang diidamkan. -Gambar hiasan/The Star

Menurutnya, beberapa arkitek mengenakan kos upah sekitar RM7,000 hingga RM8,000 secara purata, dan ada di antara arkitek mengenakan harga sehingga RM12,000.

"Saya pun hire yang RM4,000. Nak dijadikan cerita, yang RM4,000 ni, kadang-kadang mesej atau WhatsApp berhari-hari tak jawab.

"Buat pelan pun jenuh kita kena push dia. Kalau kita senyap, dua minggu dia pun buat senyap. Akhirnya perancangan asal saya push back hampir lima bulan disebabkan pelan tak siap," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak selesa CCTV jiran jenis bergerak 360 darjah! Kena sentiasa tutup aurat, hilang privasi di rumah sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran ‘terpaling’ minat berkebun, tanah rizab penuh pokok! Penduduk geram ‘view’ buruk, undang bahaya

Sudahlah pelan mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan, timbul pula satu demi satu masalah lain selepas proses berkenaan selesai.

"Apabila pelan dah finally siap dan lulus submission, timbul segala masalah baru. Drawing dia 40 hingga 50 peratus tak tepat.

"Ukurannya lari, dia buat ruangan tak ambil kira ketebalan dinding atau bata, piping air, wiring elektrik... semuanya lari, tak cukup.

"Tempat yang ada beam atau tiang structure dalam drawing direka supaya runtuh... pecah," kongsinya sambil memperincikan 'kecacatan' yang berlaku pada kediamannya.

Kalau dapat harga murah, kerja tiptop memang rezeki... kena betul-betul survey.

NETIZEN

Enggan serabut memikirkan hasil yang tidak seperti diharapkan itu, lelaki berkenaan berkata dia akhirnya mengupah arkitek lain biarpun terpaksa mengeluarkan kos tambahan.

"Saya akhirnya terpaksa hire orang lain untuk buat yang betul. Keluar cost lagi. Tapi sekurang-kurangnya dah tak pening kepala. Tukang pun tak pening.

"Jadi pengajarannya, jangan kejar yang murah je. Tengok repertoire arkitek atau ID tersebut juga," ujarnya lagi namun tidak berkongsi jumlah keseluruhan kos yang sudah dikeluarkannya.

Menjengah ruangan komen, netizen turut berkongsi pengalaman sama, malah ada yang terpaksa melabur wang berkali ganda gara-gara hasil kerja cincai pihak yang diupah.

KOMEN ARKITEK

Antara netizen yang berkongsi pengalaman mereka.

Justeru ramai berpendapat supaya golongan klien meneliti terlebih portfolio seseorang arkitek atau pereka hiasan dalaman sebelum mengambil perkhidmatan mereka, untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa.

"Tengok media sosial dia, tengok review, tanya orang yang pernah mengambil perkhidmatan dia, background dia. Saya dapat harga yang berbaloi, sebelum hire, saya check history dia dulu.

"Kalau dapat harga murah, kerja tiptop, memang rezeki. Kena betul-betul survey.

"Lagi satu jangan kejar company arkitek yang gah nama saja. Saya dah kena, banyak detail yang kurang... kita pula yang kena fikirkan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain