suria

Sakit bersalin rasa berbaloi kalau dapat suami baik, boleh elak rasa stres... Wanita nasihat jaga mental demi tumbesaran anak

Wanita bersalin cenderung mengalami kemurungan jika tidak dijaga dengan baik. -Gambar hiasan The Star

BAGI para wanita bergelar isteri, tiada yang lebih indah selain dapat melahirkan zuriatnya sendiri selepas diijabkabulkan.

Perasaan bahagia itu terus mekar sehinggalah permata hati berada erat dalam pelukan.

Bagaimanapun sesetengah wanita diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang tempoh kehamilan, segelintirnya pula berhadapan dengan ujian selepas bersalin sehingga ada yang mengalami kemurungan dan digelar meroyan.

Isteri berpantang memerlukan penjagaan rapi. -Gambar hiasan

Isteri berpantang memerlukan penjagaan rapi. -Gambar hiasan

Maka tidak hairanlah apabila masyarakat terdahulu mementingkan penjagaan wanita di dalam kedua-dua fasa tersebut.

Berpandangan sama, seorang pelayar X turut menasihati golongan bujang supaya tidak tersalah memilih pasangan hidup kerana kehidupan selepas berkahwin mempunyai cabaran yang tersendiri terutama selepas mempunyai cahaya mata.

“Bersalin ni sakit sangat, jadi pilihlah suami yang deserve rasa sakit lahirkan zuriat ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu baru lepas bersalin puji staf HUSM, tak lupa kisah bantu kencing dalam tandas - “Habis basah kasut akak kena air”

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal kahwin ‘kaki game’! Isteri bersalin Czer nekad cerai, suami tak pernah tolong urus anak ketika berpantang

“Cari lelaki yang awak rasa berbaloi untuk sakit demi dia,” ciapnya ringkas.

Malah katanya, selain mengalami kesakitan fizikal, para wanita juga berkemungkinan terganggu daripada segi emosi dan mental ketika menjaga anak kecil.

“Kena cari lelaki yang baik. Kalau suami tak baik, pasangannya akan stres... jadi macam mana nak dapat mental yang baik untuk didik anak menjadi soleh dan solehah?

Mental health masa mengandung pun sakit, inikan pula semasa berpantang dan jaga anak kecil.

WARGA MAYA

“Setiap yang berlaku itu perlu bermula daripada ibu bapa sendiri,” tambahnya lagi.

Pandangan itu mendapat perhatian warga maya dan rata-ratanya bersetuju kerana emosi wanita yang berada dalam fasa kehamilan mahupun selepas bersalin lebih sensitif.

Tidak kurang juga yang menyatakan suami perlu memainkan peranan penting serta lebih bertanggungjawab menguruskan keluarga.

Antara reaksi netizen di ruangan komen.

Antara reaksi netizen di ruangan komen.

“Lepas bersalin pun sakit nak jaga anak lagi. Suami memang kena mainkan peranan yang penting... jangan tinggalkan isteri uruskan anak-anak dan rumah sendirian.

“Saya ingat lagi selepas bersalin czer (pembedahan) anak pertama, suami masuk wad jumpa dan cium dahi. Dia ucap... terima kasih sayang berkorban lahirkan anak kita. Masa tu, saya yakin yang saya dah buat pilihan tepat untuk pasangan hidup.

Mental health masa mengandung pun sakit, inikan pula semasa berpantang dan jaga anak kecil.

“Bukan setakat fikir bersalin, aku fikir laki tu layak ke jadi ayah anak-anak aku, mampukah dia dapat layanan aku,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain