suria

Nampak bahagia pakai baju bernilai hampir 10k, TikToker dedah menderita sihir pemisah! Pelaku minta maaf selepas kantoi

Persalinan sedondon Syed dan isterinya bernilai hampir RM10,000.

SEPANJANG tahun 2023, usahawan Syed Muhammad Shah Hasif sering tular di media sosial selepas dia mendedahkan beberapa kejadian sihir yang berlaku di gerainya.

Melangkah ke tahun baharu, Syed, 32, dan isterinya Fatin Syazwani Ishak, 26, masih lagi menerima gangguan sihir yang bukan sahaja menganggu perniagaan, malah turut memberi kesan kepada rumah tangga.

"Bila kita kena sihir pemisah ni, hubungan kita suami isteri akan nampak berbeza, sedangkan famili semua tahu kami pasagan yang rapat.

syed3

Selain sihir yang menjejaskan bisnes, Syed dan isteri turut terkena sihir pemisah.

"Tapi ada waktunya kami sedikit panas. Kadang tertinggi suara. Kita tak perasan, keluarga mula perasan. Dari situ pergi berubat, memang betul ada," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut, TikToker popular itu mendedahkan dia mengenali beberapa individu yang menghantar sihir, malah salah seorang pelaku juga telah memohon maaf kepadanya.

"Saya tahu, ada dua ke tiga orang kita dah tahu. Selebihnya tak tahu. Mereka ni buat pengakuan. Saya hanya ucap terima kasih. Lepas saya cakap macam tu, dia tak senang duduk.

Anggaran baju couple dalam RM8,000 ke RM9,000, untuk hari ni saja. Kos itu tak termasuk aksesori lagi.

SYED MUHAMMAD SHAH HASIF

"Beberapa hari lepas tu, dia jumpa saya dan tanya sekiranya saya dah tahu. Dia minta maaf. Sebenarnya lepas saya kahwin, saya kena macam-macam. Sebab seorang perempuan ni nak kat saya.

"Tapi dia dah berusia sikit. Kita anggap dia macam kakak-kakak. Rupanya dia dah jumpa ibu saya, kata nak jadi isteri. Saya kata ramai lagi yang 'elok' kat luar sana, saya tiada keistimewaan apa-apa," ujarnya lagi.

Selain menjejaskan perniagaan dan hubungan rumah tangga, Syed yang juga bapa kepada dua cahaya mata mendakwa turut mengalami masalah kesihatan gara-gara disihir.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah lembik, tetap pakai heels ziarah kubur bapa mentua! Hanya suami yang faham, anggap isteri insan hebat

ARTIKEL BERKAITAN: Buka gerai jam 5 pagi, terkejut ada tanah kubur! Jumpa bunjut kuning selepas ustaz beri petunjuk melalui telefon

"Sebenarnya saya tak boleh berjalan. Dalam tempoh dua bulan ni saya boleh berjalan, itu pun dalam proses berubat lagi secara moden dan tradisional. Saya tak boleh jalan normal sebenarnya," dedahnya lagi.

Dalam pada itu, Syed dan isterinya turut mencuri perhatian apabila menggayakan persalinan sedondon rona emas ketika menghadiri majlis pelancaran produk terbaharu RCW Glow Edition keluaran syarikat milik pelakon dan usahawan Rozita Che Wan pada Rabu.

Menurut Syed, dia tidak kisah mengeluarkan belanja sehingga hampir RM10,000 untuk menghasilkan busana yang lengkap dengan aksesori sayap itu.

"Memang kalau ada event, memang saya jahit sendiri baju saya dan wife. Saya yang jahit, isteri tukang peraga saja. Yang ini kita buat dalam dua hari. Kita mix match baju sebelum ni dengan buat perincian dan kepak, ambil masa dua hari.

syed2

Pasangan ini popular kerana gemar menggayakan pakaian yang dianggap 'over' oleh segelintir netizen.

"Anggaran baju couple dalam RM8,000 ke RM9,000, untuk hari ni saja. Kos itu tak termasuk aksesori lagi. Kami pakai ikut tema, jadi kami meriahkan suasana, siap berkepak.

"Komen hari-hari orang cakap over, kalah orang nak pergi pesta. Kami selesa, kita masih ikut kesesuaian. Takkan nak pergi pasar borong pakai macam ni. Orang ingat kami pakai macam ni seharian," ujarnya.

Bercerita mengenai persiapan raya yang dijangka disambut pada April depan, Syed berkata dia telah menyediakan 30 pasang busana untuk meraikan sebulan Syawal.

"Dah siap, 30 hari 30 pasang baju tak ulang. Alhamdulillah Allah bagi rezeki setiap tahun. Kita dah kerja keras setiap hari, raya hanya setahun sekali. Raya pertakma lain macam sikit, nantikan," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain