suria

Silat olahraga ‘fight tak rasa real’! Komen di podcast cetus salah faham, petinju Muay Thai hanya mahu fokus SPM

Johan berkata dia tidak berniat memandang rendah terhadap sukan silat.

BINTANG Muay Thai, Johan Ghazali atau Jojo berkata dia tidak berniat untuk menjatuhkan sukan silat sebagaimana dakwaan segelintir pihak.

Tuduhan itu muncul selepas Johan membuat kenyataan bahawa ‘Muay Thai lebih real’ berbanding sukan silat menerusi satu siaran podcast yang sedang tular di TikTok.

Ketika dihubungi mStar, Johan berkata individu yang memberikan komen negatif mungkin tidak memahami apa yang cuba disampaikan atau belum menonton episod penuh podcast berkenaan.

johan2

Video podcast yang tular itu meraih lebih sejuta tontonan di TikTok.

"Sesiapa yang menonton interview penuh podcast itu akan faham. Bukan saya nak jatuhkan sukan lain. Sudah tentu bagi saya silat ini satu sukan yang bahaya. Itu soalan yang ditanya kepada saya.

"Yang saya maksudkan adalah silat olahraga, bukannya silat original. Saya cakap silat olahraga banyak undang-undang," ujar petinju muda berdarah kacukan Malaysia - Amerika Syarikat (AS) ini.

Menurut Johan, episod podcast bersama pempengaruh media sosial Yousaf Iqbal itu dirakam kira-kira dua minggu lalu.

Sesiapa yang menonton interview penuh podcast itu akan faham. Bukan saya nak jatuhkan sukan lain.

JOHAN GHAZALI

Tambah Johan, dia juga peka dengan komen-komen yang tidak bersetuju dengan kenyataannya namun tidak mampu untuk menutup mulut sesiapa.

"Ada tengok (komen) sikit-sikit. Saya faham, mungkin ada orang daripada sukan silat yang salah faham. Saya tak berniat nak jatuhkan silat. Saya cuma sampaikan pendapat berdasarkan pengalaman sendiri.

"Saya tak dapat nak kawal orang cakap apa. Saya berpegang pada apa yang saya cakap dan saya percaya dengan apa yang saya cakap," ujar Johan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, si comel garang di gelanggang! Fighter Muay Thai raih hadiah lumayan di Thailand, lawan rebah dalam 16 saat

ARTIKEL BERKAITAN: Johan Ghazali mahu ambil lesen selepas sambut birthday, kongsi kisah ‘aiskrim’ sejurus menang kontrak ONE Championship

Tambah Johan, dia kini memberi fokus utama kepada pelajaran dan akan kembali bergiat aktif dalam sukan selepas tamat SPM pada Mac.

Terdahulu, video sedutan sebuah podcast yang memaparkan temubual antara Yousaf dengan Johan tular di aplikasi TikTok sehingga menerima 1.2 juta tontonan.

Ketika menjawab soalan Yousaf dalam podcast itu, Johan berkata dia melihat sukan silat seperti 'tidak real' berbanding sukan Muay Thai yang diceburinya.

"Tak tahu sebab silat yang aku nampak, bukan aku nak jatuhkan sukan mereka, tapi silat olahraga yang aku tengok mereka fight tu, sejujurnya dia rasa tak real tau.

2328325

Johan baru sahaja meraih kontrak lumayan bersama ONE Championship tahun lalu.

“Sebab mereka tak boleh tumbuk muka, dan mereka punya port sistem pelik, boleh bantahlah... So rasa Muay Thai lebih real and lebih authentic," kata Johan dalam podcast itu yang kemudiannya menimmbulkan kontroversi.

Namun, segelintir netizen meluahkan rasa tidak bersetuju dengan pandangannya, malah ada yang menganggap Johan masih 'hijau' dalam seni mempertahankan diri.

"Jojo cuba menjawab seadilnya, dia tak nak rendahkan mana-mana pihak. Si tukang interview sengaja bakar line.

"Bagi aku silat la power. Macam Jojo dia baru lagi. Mungkin dia kena jumpa dulu. Jumpa dalam sukan la.

"Silat kampung mematikan la bro. Jangan pandang rendah.

"Jojo baru kenal dunia. Terlalu awal untuk Jojo buka mulut bersuara," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Johan pada Oktober tahun lalu berjaya mendapatkan kontrak daripada ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM472,749).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain