suria

Juruterbang rakam limpahan cahaya gemerlapan dari atas ruang udara Vietnam, lebih terang daripada pusat bandar

Cahaya pelik di darat yang menimbulkan tanda tanya kepada seorang juruterbang.

KETIKA menaiki pesawat, pemandangan dari udara membuatkan apa sahaja yang ada di darat nampak kerdil.

Lebih menakjubkan apabila menaiki penerbangan pada waktu malam, beribu-ribu titik cahaya boleh diperhatikan bergemerlapan menerangi benua.

Namun, melalui perkongsian tular di laman TikTok, seorang juruterbang mendedahkan fenomena aneh yang meninggalkan seribu satu persoalan kepada orang ramai.

Lampu yang terang menyinari kegelapan malam.

Menerusi video itu, kelihatan gugusan cahaya yang menerangi kawasan hutan tebal.

"Sesiapa yang pernah naik kapal terbang waktu malam dan lalu di atas Vietnam, mereka akan nampak cahaya terang ni.

"Ketika di sini, pesawat boleh dikatakan berada pada ketinggian 35,000 kaki daripada aras laut. Apa benda tu agaknya?

ARTIKEL BERKAITAN: Sangka ‘langit rosak’, penduduk Jerantut terkejut nampak kilat merah tanpa guruh... Netizen terpaling berilmu gelar wanita pengikut dajal

ARTIKEL BERKAITAN: Pokok keladi pun bertasbih, ikut alunan zikir jemaah surau... Netizen teruja dapat tengok keajaiban Allah, mahu tingkatkan amalan

"Cahaya itu lagi terang daripada lokasi pusat bandar dekat Vietnam ni," kata juruterbang berkenaan yang mesra disapa sebagai Uncle Bear.

Panorama yang memukau dan di luar kebiasaan itu mendorong orang ramai untuk membuat spekulasi bagi mencari penjelasan.

"Mereka tengah buat konsert healing dekat dengan nature ke tu? Nampak macam orang duduk pegang lampu suluh melambai-lambai sambil menyanyi.

Dekat Cameron Highlands pun dah ada banyak lampu-lampu macam ni... pengetahuan baharu untuk saya.

WARGA MAYA

"Siapa pembekal tenaga elektrik dekat Vietnam ni? Kalau dah 'lip lap' macam ni memang masyuk!

"Nampak macam kebakaran api dalam hutan tu, tapi api dia warna putih, mungkin api fosforus kot?," kata sebahagian warga maya meneka sambil berseloroh.

Namun begitu, seorang warga maya yang lebih arif dalam soal tersebut tampil memberikan penjelasan yang sebetulnya.

Ladang buah naga mempunyai cara penjagaan yang tertentu. -Gambar hiasan

"Saya pernah ambil kursus di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), tempat lampu banyak tu adalah ladang buah naga.

"Lampu berfungsi untuk menarik kehadiran serangga yang akan bertindak sebagai ejen pendebungaan.

"Selain itu, pokok buah naga ni berasal dari kawasan padang pasir Mexico dan Amerika Utara, di sana ketika musim panas, siangnya panjang lebih daripada 13 jam.

Sebahagian komen warga maya.

"Sebab tu orang Vietnam kena pasang lampu yang terang macam ni untuk tanaman pokok naga mereka," kata warga maya memberikan penerangan.

Dalam pada itu, warga maya lain turut berkongsikan pengalaman mereka berada berdekatan ladang buah naga terbabit ketika melancong ke Vietnam.

"Saya pernah bercuti road trip di selatan Vietnam, memang berkesempatan lalu dekat ladang buah naga ni, waktu malam saya boleh cakap lagi cerah daripada kawasan perumahan.

"Dekat Cameron Highlands, Pahang pun saya perasan dah ada banyak lampu-lampu macam ni. Satu pengetahuan baharu untuk saya," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain