suria

Kereta baru basuh, cebisan rumput melekat di cermin... Pemandu wanita jerit-jerit marah pemotong rumput

Video seorang wanita memarahi pekerja pemotong rumput mengundang kecaman netizen.

TINDAKAN seorang wanita yang memarahi pekerja pemotong rumput di tepi jalan membawa padah apabila dia teruk dikecam oleh netizen.

Menerusi video tular, kelihatan seorang lelaki sedang memotong rumput di atas pembahagi jalan, di sebuah pekan di Temerloh, Pahang.

Ketika kejadian, kereta yang dipandu wanita itu sedang berhenti di jalan tersebut sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

mesin22

Cermin kereta wanita itu dilihat sedikit kotor akibat terkena cebisan rumput.

Bagaimanapun, cebisan rumput kelihatan terkena cermin kereta wanita itu kerana jaraknya yang begitu dekat dengan pekerja berkenaan.

Dia yang duduk di kerusi pemandu kemudian membuat rakaman video dengan suara bernada kuat sambil membebel kepada pemotong rumput berkenaan.

"Aku marah ni. Lailahaillallah. Kereta dah la baru basuh. Astaghfirullah, Ya Allah Ya rabbi.

Cuba bayangkan yang tengah potong rumput tu bapa kau kak.

NETIZEN

"Apa benda ni? Apa benda ni? Ya Allah," jerit pemandu wanita itu sambil membuat rakaman video di dalam keretanya.

Video yang dimuat naik sendiri oleh wanita itu ke aplikasi TikTok pada Sabtu meraih lebih setengah juta tontonan.

Malah, video itu turut disebarkan pula ke laman X sehingga wanita itu teruk dikecam oleh netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Video potong rumput biasa-biasa je tapi raih hampir sejuta tontonan... bapa 4 anak buat servis di Bangi dapat ‘job’ hingga ke Sabah, siap terima mesej cari kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak mesin baru, masih bau kedai... Lelaki tempatan bagi peluang warga Pakistan potong rumput, tembus pasaran mat Bangla

Rata-rata netizen dilihat tidak bersetuju dengan cara wanita itu kerana ia memalukan pekerja berkenaan.

"Dah kerja dia. Kalau setiap kali ada kereta dia kena berhenti potong rumput, bila nak siap?

"Asal maki tak turunkan tingkap (kereta). Macam membazir je air liur dia duduk maki-maki.

"Kenapa bodoh sangat ni, memaki hamun hanya kerana kereta kau baru lepas basuh?

rumput1

Komen netizen berhubung video tular itu.

"Cuba bayangkan yang tengah potong rumput tu bapa kau kak," tulis netizen.

Namun, ramai juga yang menyokong pemandu wanita itu dan meminta pemotong rumput lebih berhati-hati ketika bekerja bagi mengelakkan berlakunya kerosakan pada kereta.

"Orang tengok ni jadi trauma sebab pernah ada pengalaman cermin kereta pecah disebabkan mesin rumput ni.

"Memang patut risau sebab tahun lepas cermin kereta saya pecah, kena batu sebab ada pekerja potong rumput berdekatan.

"Tapi memang tak suka ya, takut batu terbang kena kereta," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain