suria

Makhluk besar ‘tumpang’ kayak, ikut balik! Pemancing di Jambatan P.Pinang kongsi cerita saspens - “Selalu kayuh ringan”

Pemancing tersebut berkongsi pengalaman 'seram' ketika memancing.

BAGI golongan kaki pancing atau nelayan, mereka pasti sudah terbiasa turun ke laut mahupun 'port' memancing tanpa mengira waktu bermula dari tengah malam sehinggalah awal pagi.

Maka tidak hairanlah rata-rata dalam kalangan golongan ini pernah 'dikacau' ketika sedang mencari rezeki.

Jika kita menelusuri perkongsian di media sosial, banyak kisah atau pengalaman mistik yang dikongsikan oleh kaki pancing untuk dijadikan pengajaran bersama.

Begitu juga dengan kisah 'seram' yang dikongsikan oleh seorang pemancing, @Faizpanjang di aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Mana tidaknya, kayak yang digunakannya untuk turun ke laut 'ditumpang' oleh makhluk lain ketika dia dalam perjalanan pulang selepas selesai memancing.

kayak 2

Pemancing tersebut berdepan kejadian 'aneh' di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

"12 tengah malam hingga 5.30 pagi, kayak solo Jambatan Kedua Pulau Pinang. Benda tumpang ikut aku balik... gila aih," demikian kapsyen yang ditulis pada videonya.

Menerusi video berdurasi 2.16 saat itu, kelihatan lelaki tersebut sedang mengemudi kayaknya secara berseorangan selepas memancing di sekitar Jambatan Kedua Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk kaki pancing dimalukan, dua kali tengok lelaki naikkan ikan guna joran mainan! Ramai syak rembat anak punya

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat hati nak tangkap ikan di sungai tapi ‘terpancing’ kucing pula, nasib baik 2 ‘abang’ di rumah sudi terima Sauk jadi ahli baharu

"Hari yang paling seram... ada benda tumpang balik. Aku seorang, depa (mereka) tumpang pula aku. Kayak berat... mahu tak seram. Selalu kayuh ringan.

"Apa yang tak kena? Stereng okay, pengayuh okay... dekat belakang kot. Apa bunyi air ni? Apa yang sangkut?" kedengaran kata-katanya di dalam loghat utara.

Bagaimanapun, pemancing tersebut kelihatan tenang meneruskan kayuhannya.

Dia kemudian menghalakan kamera telefon bimbit ke bahagian belakang kayaknya untuk memeriksa jika ada sesuatu yang menyebabkan kayaknya menjadi berat.

Saya dah overthinking, mula fikir ada makhluk mencangkung makan ikan.

NETIZEN

"Owhhh tu dia... semua 'gorgon' (besar). Patut berat. Hangpa (Kamu) janganlah mai (datang) sorang-sorang... seram!

"Aku pun tak larat... nak balik. Tumpang ramai, kayuh seorang... teruklah aku. Tak boleh jadi, balik," katanya sambil tersenyum.

Rupa-rupanya makhluk yang 'menumpang' kayaknya adalah ikan hasil tangkapannya yang kesemuanya bersaiz lebih dari tapak tangan orang dewasa.

Perkongsian seram bercampur lucu itu sehingga kini meraih 379,000 jumlah tontonan.

komen kayak new

Komen netizen yang turut terhibur dengan perkongsian lelaki berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan perkongsian kisah lelaki tersebut kerana berjaya memperdayakan warga maya.

"Ingatkan pontianak dah tadi.

"Saya dah overthinking, mula fikir ada makhluk mencangkung makan ikan.

"Ramai yang ikut balik... keramat betul jambatan tu," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain