suria

8 tahun pergi kerja naik motor ke KL, terguna lorong sama ketika pandu kereta! Kawan diam, syak cara ‘lari’ bayar tol

Ashraf memandu di lorong motosikal kerana telah terbiasa menunggang di laluan itu sejak lapan tahun lalu.

“MAAF bang, boleh tengok tak stereng kereta takut dah tukar handle motor.”

Gara-gara memandu di lorong motosikal, seorang lelaki menjadi ‘bahan’ ketawa netizen selepas video dari rakaman kamera dashboard keretanya dimuat naik di media sosial.

Bagaimanapun, selepas videonya tular, barulah 'terbongkar' bukan dia seorang sahaja yang berdepan situasi seperti itu sebaliknya ramai yang mengaku pernah melalui pengalaman sama kerana setiap hari menunnggang motosikal ke tempat kerja.

Ashraf menghadiri pertandingan bowling anjuran syarikatnya di Bangi Gateaway.

Ashraf menghadiri pertandingan boling anjuran syarikatnya di Bangi Gateaway.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ashraf Razali berkata, pada masa kejadian dia dalam perjalanan dari Seremban 2 di Negeri Sembilan menghala ke Bangi Gateway, Selangor bersama seorang rakan bernama Faiz.

“Kami nak ke Bangi untuk main boling anjuran syarikat dan sepanjang perjalanan tu memang berborak kosong dalam kereta.

“Sebenarnya saya tak sedar langsung apa yang telah terjadi. Macam tak ada rasa apa-apa langsung, macam biasa je,” katanya mengimbas semula perasaannya ketika selamba memandu di lorong motosikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Lori sekat jalan, mat motor bagi jari tengah! Pemuda beri hujah kukuh guna lorong kecemasan, ramai terlopong

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik MPV tunjuk reaksi tak disangka selepas ‘soal siasat’ rider langgar keretanya - “Saya dah buat salah, takkan nak lari”

Ashraf berkata, mereka yang biasa lalu di laluan lorong berhampiran Bandar Ainsadle pasti mengetahui saiz lorong motosikal tersebut agak besar dan boleh dimasuki kereta.

Mestra disapa Acap, dia berkata hanya menyedari dirinya sedang memandu di lorong kenderaan beroda dua tersebut selepas ditegur oleh Faiz.

Namun sudah terlambat kerana mereka telah berada di penghujung laluan berkenaan.

First time saya langsung tak sedar. Sebelum ni jadi juga, tapi saya sempat sedar awal.

ASHRAF RAZALI

“Sampai dekat hujung lorong, Faiz tegur... Acap! Kenapa kau ikut lorong motor?

“Saya jawab tersilap dan tanya kenapa dia tak tegur dari awal. Faiz kata dia memang terkejut tapi dalam masa sama nampak saya yakin dengan laluan tu sebab pandu laju jadi dia diam saja,” luahnya lagi.

Kata Acap, paling tidak diduga apabila rakannya itu terfikir dia memang selalu melakukan kesalahan seperti itu atau berkemungkinan tidak mempunyai wang untuk membayar tol.

Warga maya turut meninggalkan komen pada videonya.

Warga maya turut meninggalkan komen pada videonya.

Menyedari telah melakukan kesilapan seolah-olah ‘lari tol’, dia kemudian mengundurkan keretanya supaya ke kawasan yang paling dekat dengan plaza tol.

“Masa ni memang kena hon dengan lori dan kereta. Apabila dah dekat sikit dengan plaza tol, saya keluar dan terus ketuk pondok tol berkenaan.

“Saya beritahu yang saya telah melalui lorong motor dan tak sedar apa yang dilakukan tu sebab hari-hari ulang alik dengan motosikal dari Seremban 2 ke Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut lelaki berusia 37 tahun itu lagi, staf di pondok tol hanya geleng kepala sambil ketawa dan terus mengambil nombor pendaftaran kenderaannya selepas dia membuat bayaran.

Apa yang berlaku nyata membuatkan dia berasa pelik dan berfikir tentang kejadian itu sepanjang perjalanan ke Bangi.

Bagaimanapun, Acap mengakui ia bukanlah kali pertama dia berdepan situasi seperti itu sepanjang tempoh lapan tahun melalui lebuh raya berkenaan.

First time saya langsung tak sedar. Sebelum ni jadi juga, tapi saya sempat sedar awal,” katanya yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat minyak di Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain