suria

Kereta pernah viral dibacakan doa selepas dibeli kini sering meragam... Anak menyesal, kena keluar banyak duit untuk baiki

Tomey sedih mengenangkan keretanya yang kerap mengalami kerosakan.

SETIAP anak pasti sanggup melakukan apa saja demi membahagiakan ibu bapa mereka.

Begitulah yang cuba dilakukan TikToker, Tomey yang membeli kereta terpakai jenis Hyundai Matrix dengan harga RM8,800 pada 5 Julai lalu.

Menurut wanita ini, tujuannya membeli kenderaan itu semata-mata mahu ibunya gembira dapat memiliki dan merasa menaiki kereta sendiri.

Namun, sejak menggunakan kereta import keluaran negara Korea itu, pelbagai masalah dihadapi menyebabkan Tomey terpaksa mengeluarkan lebih RM10,800 untuk membaiki kerosakan.

Tomey membeli kereta terpakai untuk menggembirakan ibunya.

"Saya beli kereta ni kan semata-mata nak mak rasa macam mana ada kereta. Tak habis-habis asyik rosak itu dan ini. Penatlah. Hari ni aircond pula rosak.

"Saya baru je guna pagi tadi. Saya stres la. Nak harap beli kereta baharu jangan haraplah orang miskin macam saya ni nak beli kereta baharu.

"Sumpah saya cakap, orang susah macam kami tak mudah nak beli kereta baharu. Orang lain senanglah cakap, belilah kereta baharu. Saya nak cakap kalau beli kereta lain sekali pun, macam mana saya nak bayar bulan-bulan," ujarnya.

Seperti mana dapat dilihat dalam video yang dikongsikan, kelihatan Tomey berpeluh sambil menangis meluahkan rasa kecewa dengan masalah keretanya yang menelan kos perbelanjaan besar.

Dalam video sama, Tomey menjelaskan bahawa dia sebenarnya sedar mengenai sindiran dan kecaman orang ramai mengenai pembelian kereta tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Siswa B40 rasa bersalah kereta hadiah keluarga ‘total lost’ akibat kemalangan... Beli ‘secondhand’, hutang pun belum habis bayar

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor tak malu ‘downgrade’ kereta, jual Volkswagen Passat beli Proton Perdana terpakai... Sedar diri tak mampu!

Tetapi, bagi dirinya yang bukan datang daripada sebuah keluarga senang, dia tidak mampu untuk membeli kereta baharu dan membayarnya secara ansuran.

Memandangkan dia hanya mengusahakan perniagaan sendiri sahaja tanpa slip gaji, pinjaman untuk membeli kereta baharu dibuat sebelum ini tidak diluluskan oleh pihak bank.

"Bukan saya nak raih perhatian ke apa, saya cuma penat tak tahu nak luahkan dekat siapa. Dengan duit pun tak ada, habiskan dekat (baiki) kereta saja.

"Ingat saya tak nampak ke orang lain duduk cakap 'bodoh'. Memang bodoh pun beli kereta macam ni. Mana saya nak tahu lepas dah beli kereta.

Saya beli kereta ni kan, semata-mata nak mak saya merasa ada kereta.

TOMEY

"Nak harapkan saya beli kereta baharu... Saya beli kereta ni kan, semata-mata nak mak saya merasa ada kereta. Kalau harapkan saya je memang tak beli sebab guna kereta ni memang guna duit gila-gila," ujarnya pada akhir video.

Video luahan perasaan yang dibuat Tomey meraih lebih 800,000 jumlah tontonan setelah disiarkan.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib wanita ini setelah mendengar sendiri rintihan dibuat.

Tomey menangis ketika memberitahu pengikut mengenai pembelian keretanya.

"Kereta terpakai memanglah kena baiki itu dan ini.

"Bagus Tomey. Dia tahu tahap kemampuan dia. Semoga dipermudahkan urusan," ujar netizen.

Sebelum ini, Tomey turut memuat naik video menunjukkan ibunya menjirus air bacaan doa di bahagian luar kereta ketika dia baru membelinya.

Bukan itu sahaja, Tomey juga menangis gara-gara sebak ketika berkongsi berita gembira mengenai pembelian kereta pertama hasil titik peluh sendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain