suria

Gadis gemuk dilayan bak puteri lepas buat akaun Dark Side, mula jatuh cinta dengan ‘Awang Hitam’ - “Dipuji cantik, memang taste dia”

Individu bertubuh gempal berdepan masalah keyakinan diri kerana bentuk fizikal mereka. -Gambar hiasan

INDIVIDU berbadan gempal sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan di sekolah yang mana kekurangan itu terus memberi kesan sehingga ke usia dewasa.

Seorang gadis berusia 19 tahun turut berkongsi ceritanya di laman X yang mana dia tidak mempunyai keyakinan diri kerana bentuk fizikalnya.

"Saya kini belajar di Selangor. Hidup saya baik-baik saja, saya belajar di sebuah universiti terkemuka. Saya dalam kelas yang sederhana dan tidak corot.

ds2

Ada individu berselindung di sebalik akaun DS untuk memenuhi fantasi seksual mereka. -Gambar hiasan

"Keluarga saya penyayang dan memberikan sokongan, saya juga ada kelompok kawan yang baik. Cuma saya tinggi 170 sentimeter (sm) dan berat 95 kilogram (kg).

"Saya sentiasa kurang keyakinan dengan kegemukan sendiri sejak zaman sekolah. Cuba kurangkan berat, joging apa semua tapi selalu tak turun lebih 5kg," luahnya pada Isnin.

Menerusi nukilan yang dikongsi menerusi akaun @twtsecretsmy, gadis itu berkata dia mula menerima layanan berbeza selepas menyertai akaun darkside (DS) di media sosial.

Saya tak tahu macam mana nak cerita dekat mak ayah... agak-agak mereka boleh terima ke lelaki kulit hitam?

GADIS GEMUK

Akaun DS biasanya digunakan individu untuk berkongsi sisi gelap mereka, khususnya berkaitan seks tanpa mendedahkan identiti sebenar.

Cerita gadis itu, dia berkenalan dengan seorang lelaki Nigeria secara atas talian, malah hubungan tersebut menjadi semakin serius selepas mereka bersemuka di dunia sebenar.

"Apabila saya mula main Tinder dan buat akaun DS untuk suka-suka, saya saja nak test market dan kadang-kala berorak dengan lelaki. Saya tahu realitinya saya buruk sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan TikToker ‘broken’ naik 90kg, syukur jejaka kenal di PUBG sudi ubati hati... ‘first date’ di rumah famili lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Gemuk, kurus dan kini sado! Lelaki buat transformasi ‘Bang Jago’ dedah kisah isteri menangis ketika urut kakinya

"Suatu hari seorang lelaki chat, dia berminat dengan saya. Apabila saya cakap saya gemuk, dia cakap saya cantik juga. Dia berjaya yakinkan saya untuk jumpa. Dia orang berkulit hitam dari Nigeria.

"Dia puji saya cantik, memang taste dia. Dia selalu belikan benda mahal, makan kedai mahal, layan saya macam puteri. Kali pertama saya kena layan baik dan istimewa. Kini kami pun menjalinkan hubungan," ujarnya lagi.

Apa yang menjadi masalah, gadis itu berkata dia risau hubungan tersebut tidak mendapat restu kedua orang tuanya memandangkan lelaki tersebut berkulit hitam.

"Saya tak tahu macam mana nak cerita dekat mak ayah. Agak-agak mereka boleh terima ke lelaki kulit hitam? Lelaki ini dah kahwin, ada dua anak di Malaysia. Lepas tu ada seorang lagi isteri di negara sana.

"Lelaki itu kata isteri-isteri dia benarkan dia kahwin sebab dia mampu. Tapi saya tak tahu la. Tak apa ke?" ujar wanita itu yang meminta pendapat netizen tentang hubungannya.

file7jyimmgtt411561wqm7i

Mereka yang berdepan masalah berat badan biasanya akan menjadi mangsa ejekan rakan-rakan. -Gambar hiasan

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen meminta gadis itu berfikir masak-masak kerana risau dia menjadi mangsa penipuan lelaki berkenaan.

"Umur 19 muda lagi. banyak lagi benda adik boleh buat selain kahwin. Kalau dah ramai isteri sepatutnya adik dah tahu kenapa mulut lelaki tu manis.

"Saya kerja dengan orang Nigeria. Mulut memang manis, pujian melambung. Tapi kita tak tahu apa niat sebenar mereka.

"Baru 19 tahun dik, naif sangat bunyinya. Jangan senang sangat percaya orang dik. Fokus je la study tu dulu," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain