suria

Cair tengok si bulus tunjuk ‘alim’, malu-malu kucing... Sedar-sedar dah belanja 5 ekor ikan - “Orang suruh ambil, tak mahu”

Khairul dipuji kerana sikap pemurahnya memberi makan kepada kucing jalanan.

BERBUAT baik kepada haiwan merupakan sikap terpuji yang dituntut dalam Islam.

Tidak hairanlah satu video memaparkan sikap pemurah seorang peniaga hasil laut yang memberi makan kepada seekor kucing meraih pujian ramai.

Menerusi video tular itu, kelihatan ikan-ikan yang dijual oleh Khairul Amir diletakkan di dalam beberapa dulang besi di kawasan tepi jalan.

Tiba-tiba, muncul seekor kucing yang mendekati tapak niaganya sambil menghidu timbunan ikan yang tersusun di dalam dulang.

Namun, kucing berkenaan langsung tidak menyentuh ikan-ikan tersebut, sebaliknya hanya melihat dan menghidu sahaja.

Khairul yang sedar akan kehadiran kucing itu terus melemparkan seekor ikan ke atas jalan untuk diberikan kepada kucing berkenaan.

Di sebalik rezeki sendiri, ada rezeki kucing lain.

NETIZEN

Menurut Khairul, dia sebenarnya sudah memberikan lima ekor ikan buat kucing berkenaan.

"Hai, layan diri nampak," ujar Khairul ketika kucing itu berdiri sambil mendekati dulang jualannya.

"Amboi, ambillah. Orang suruh ambil, tak mahu ambil. Nah, laju. Lima ekor dah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaut sampai penuh plastik, makcik-makcik tak tengok belakang dapat beli ketam RM10! Peniaga pasar borong risau kedai kena serbu

ARTIKEL BERKAITAN: Terpesona tengok peniaga cantik, pelanggan buat-buat tak nampak gulai ikan tongkol... Sibuk rakam senyuman manis!

Khairul yang berniaga di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah, juga tidak lokek untuk membantu kucing-kucing jalanan lain yang datang ke tapak jualannya.

Menerusi video berasingan, seekor lagi kucing lain turut mendekati dulang jualannya untuk mengambil ikan.

Video yang dikongsi Khairul ke aplikasi TikTok meraih hampir setengah juta tontonan.

ku3

Antara kucing lain yang turut berkeliaran di kawasan itu.

Malah, ia turut dibanjiri komen netizen yang memuji sikap pemurah Khairul terhadap kucing-kucing jalanan.

"Bagus terima kasih orang baik semoga murah rezeki abang selalu.

"Antara lima ekor ikan tu mungkin dalam empat ekor dia bawa pergi kat anak dia, bagi makan.

ku2

Video yang dikongsi Khairul tular di aplikasi TikTok.

"Di sebalik rezeki sendiri, ada rezeki kucing lain," tulis beberapa netizen.

Selain berkongsi video kucing, Khairul juga banyak memuat naik video tentang ikan, ketam, serta sotong yang dijualnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain