suria

Lama duduk free, owner ‘ghaib’... Pemuda fikir cara nak jual rumah disewanya! Selepas dikecam terus beri hujah dari segi hukum, perundangan

Seseorang penyewa dan pemilik rumah perlu mempunyai kontrak atau 'hitam putih' sekiranya terjadi sesuatu. -Gambar hiasan

BARU-baru ini tular satu hantaran seorang individu di grup Facebook, yang meluahkan hasrat mahu menjual rumah yang disewanya.

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, dia berhasrat menjual rumah berkenaan kerana sudah lama menyewa selain pemiliknya juga tidak dapat dihubungi sejak sekian lama.

"Saya ada menyewa rumah di Rawang. Macam mana prosedur nak jual rumah ini? Boleh ke penyewa dapat bahagian kalau lepas jual rumah ini sebab dah lama saya sewa rumah ni. Dari belum ada anak sampai anak dah kahwin.

"Owner pun lama tak datang bertahun. Rumah banyak rosak sana sini. Saya edit ya, rumah ni dulu owner dia seorang, tak ada anak isteri. Last bayar sewa 2021 sebab dia tak muncul-muncul.

pic 1

Hantaran kedua yang dimuat naik oleh individu berkenaan selepas teruk dikecam.

"Jadi duduk free sampai sekarang. Tu saya tanya macam mana prosedur jual atau boleh saya sewa balik pada orang lain sebab owner takde dah atau hilang," demikian tulisnya pada hantaran yang dimuat naik di laman grup Tukang Apa Hari Ini.

Ternyata, hantaran berkenaan mengundang kecaman warga maya yang menyifatkan individu berkenaan 'tidak tahu bersyukur' dan hanya memikirkan kepentingan diri.

"Dah la duduk free lama lepas tu nak ambil hak orang lain pula demi kepentingan diri.

"Penyewa sejenis yang ambil kesempatan. Sudahlah sewa tak bayar, rumah rosak pun dibiar je... ada hati pula nak jual," demikian antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tersewa’ rumah port monyet, sampah bersepah di laman! Owner tak peduli, kalau pindah burn deposit... Penyewa rasa teraniaya

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPT buruk perangai, rumah sewa jadi pusat sampah... Penyewa nak pitam jumpa ‘bong’ syabu, seluar dalam reput atas lantai!

Bagaimanapun selepas hantaran berkenaan tular, muncul pula satu hantaran baharu dipercayai dimuat naik oleh individu sama, mendakwa perkongsian itu sekadar 'eksperimen sosial' untuk menambah ilmu mengikut lunas agama Islam dan undang-undang.

Malah individu tersebut turut menerangkan mengenai langkah yang perlu diambil sekiranya ada yang berdepan dengan situasi yang sama.

pic 2 new

Hantaran pertama yang dimuat naik oleh individu berkenaan di laman grup Tukang Apa Hari Ini.

"Dalam agama Islam, rumah yang ditinggalkan oleh pemilik akan menjadi milik ahli keluarga dengan bahagian tertentu berdasarkan hukum faraid.

"Jika tiada ahli keluarga seperti anak dan isteri, ibu dan bapa, adik beradik maka harta milik si mati menjadi milik waris mengikut bahagian tertentu.

"Jika tiada juga waris keturunan, maka harta ini akan diserahkan kepada Baitulmal," tulisnya.

Dah la duduk free lama lepas tu nak ambil hak orang lain pula demi kepentingan diri.

NETIZEN

Tambahnya, sewa rumah yang tidak dibayar sepanjang tempoh 'ketiadaan' pemilik pula dianggap hutang dan perlu dilunaskan oleh penyewa kepada mereka yang berhak.

"Dari segi undang-undang, penyewa boleh diambil tindakan oleh waris jika tiada kontrak sewa beli dengan dianggap menceroboh dan boleh disaman jika terlibat dengan kesalahan yang difikirkan perlu oleh pemilik atau waris sah," jelasnya.

Dalam pada itu individu berkenaan juga berkata, jika pemilik 'ghaib' atau meninggal dunia, penyewa perlu mengenal pasti ahli keluarga atau warisnya dengan membuat carian di pejabat tanah, majlis perbandaran dan sebagainya.

komen rumah

Antara komen daripada netizen yang mengecam individu berkenaan susulan hantaran pertamanya.

"Penyewa juga boleh ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk menyiasat sama ada pemegang nombor kad pengenalan masih hidup atau sebagainya.

"Seseorang penyewa tiada hak untuk mendapatkan apa jua imbuhan di luar konteks perjanjian sewa walau apa jua cara yang cuba dibuat.

"Maka saya sebagai pencipta post ini memohon maaf jika perbincangan ini di luar konteks normal dan tidak bertanggungjawab di atas sebarang perkongsian di luar dari pautan sebenar.

"Situasi, nama tempat yang terlibat hanya rekaan dan imaginasi penulis tanpa melibatkan hak milik sebenar," tulisnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain