suria

Kaut sampai penuh plastik, makcik-makcik tak tengok belakang dapat beli ketam RM10! Peniaga pasar borong risau kedai kena serbu

Pelanggan tidak melepaskan peluang membeli hasil laut pada harga yang murah.

BERNIAGA sambil bersedekah.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai seorang peniaga dari Terengganu yang 'melelong' pelbagai hasil laut pada harga serendah RM10 untuk satu beg plastik.

Menerusi video tular, beberapa pelanggan dilihat sedang mengerumuni kedai itu untuk membeli ikan dan ketam pada harga yang tidak masuk akal.

ikan2

Selain ikan, ketam merupakan antara 'item' yang laris ketika sesi promosi itu.

Paling mencuri tumpuan tentunya aksi seorang wanita berusia yang dilihat bersemangat mengisi ketam ke dalam beg plastik yang dipegangnya.

"Ambil satu plastik RM10, isi penuh plastik, RM10. Murah, murah, murah. Penuhkan plastik, di pasar borong saja," ujar pemilik video itu.

Video yang dirakam di Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu itu meraih lebih 1.1 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Maaf la, lelong-lelong ni bukan selalu ada... kebetulan je tu.

PIAN IKAN

Selain teruja dengan tawaran harga terlampau murah, netizen turut menegur aksi pelanggan dalam video itu yang dilihat bersungguh-sungguh sehingga tidak menghiraukan orang lain.

"Sampai jatuh melimpah ketam tu pun kaut ambil lagi. Tak ingat orang belakang dah ni.

"Tak semua orang mampu nak beli ketam. Rezeki makcik-makcik tu dapat murah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik tua jual 25 jenis lauk dalam kereta, harga RM5 ramai tak tergamak nak bayar - “Berniaga ke sedekah ni?”

ARTIKEL BERKAITAN: Murah sampai pelanggan takut! Peniaga warung jual makanan harga tak masuk akal, kesian dekat pelajar maahad

"Murah sangat, semoga tuan kedai dimurahkan rezeki selalu," tulis beberapa netizen.

Susulan penularan video itu, peniaga yang dikenali sebagai Pian Ikan tampil membuat penjelasan berhubung promosi yang dilakukannya baru-baru ini.

Jelas Pian, harga berkenaan tidak ditawarkan sepanjang masa, sebaliknya dibuat pada hari-hari tertentu sahaja untuk menghabiskan stok yang tidak laku.

"Maaf la. Lelong-lelong ni bukan selalu ada. Kebetulan je tu. Datang berdenyut kepala tengok barang tak laku.

Peniaga itu kerap berkongsi video tentang perniagaannya menerusi TikTok.

"Sebab tu lelong daripada biar ia rosak. Kalau datang semata-mata nak barang lelong, susah la nak jumpa. Benda lelong ni nak clear stok je," jelasnya kepada netizen.

Untuk rekod, peniaga itu mempunyai lebih 10,000 pengikut dan kerap berkongsi video tentang perniagaannya menerusi TikTok.

Sebelum ini, dia juga pernah tular kerana menghadiahkan wang RM100 kepada netizen yang berjaya meneka berat ikan menerusi video TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain