suria

Dirasuk ketika cari hantu, pemuda lemah semangat panjat pokok macam mawas... Aktiviti paranormal jadi huru-hara!

Pemuda dikenali sebagai Dekwan dilihat berperwatakan seperti mawas akibat dirasuk makhluk halus.

KEBERANIAN seorang individu dikenali sebagai Loy Ahmad bersama rakan-rakannya untuk cuba menjejaki aktiviti paranormal membawa padah apabila salah seorang daripada mereka dirasuk makhluk halus.

Menerusi video tular, seorang pemuda dikenali sebagai Iwan atau Dekwan dilihat sedang merangkak di atas pintu gerbang konkrit sambil diperhatikan rakan-rakannya.

Pemuda yang dirasuk itu kedengaran turut membuat suara garau seperti seekor haiwan yang ganas.

,awas2

Pemuda yang dirasuk merangkak di atas pintu gerbang sewaktu rakannya membacakan ayat suci al-Quran.

"Hey, kalau kau betul-betul berani, kau turun ke bawah. Kau panggil semua yang ada," jerit salah seorang ahli kumpulan itu.

"Nak panjat kot mana pun tak boleh ni," ujar seorang lagi lelaki yang buntu sebelum rakannya mula membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

Berdasarkan tulisan pada pintu gerbang itu, kejadian dipercayai berlaku di kawasan hutan berdekatan sebuah gunung.

Eloklah kena sampuk... dah pergi tempat begitu nak buat content, dapatlah.

NETIZEN

Tidak lama kemudian, lelaki yang dirasuk itu dilihat sedang memanjat pokok dengan laju sebelum beberapa rakannya menjerit kebimbangan.

"Allahuakhbar, Wan! Bukan dah ni. Bukan ni. Pokok kecil sangat ni. Iwan... geng, doa yang baik-baik je. Kirim doa dari jauh.

"Ya Allah ya Tuhanku permudahkan urusan kami ya Allah. Iwan, lawan Iwan. Allahuakhbar," ujar seorang lelaki yang sedang memerhatikan dari bawah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pasang lagu tu! Gadis kolej dirasuk ‘roh’ puteri bunian Ulek Mayang... Tiba-tiba buka langkah tarian lemah gemalai

ARTIKEL BERKAITAN: Perabot bergerak sendiri selepas pemuda tolong gadis dirasuk! Jiran merungut bising, tunjuk rakaman CCTV tak berani buka pula

Sambil menjerit-jerit di atas pokok, lelaki yang dirasuk itu akhirnya jatuh ke bawah, namun dia sempat disambut oleh beberapa rakannya.

Selepas berjaya diselamatkan, lelaki itu dilihat terbaring tidak sedarkan diri sambil dikelilingi rakan-rakannya yang cuba membantu.

Sedutan video siaran langsung (live) TikTok itu turut tersebar ke laman Twitter selepas ia dimuat naik oleh seorang individu.

"Live TikTok malam tadi. Mereka kata terkena sampuk semangat mawas. Wallahualam," ciap @faIiqfahmie.

mawas2

Video live TikTok itu turut dikongsi ke laman Twitter.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa seram menonton video itu, tak kurang juga yang berjenaka tentang kejadian itu.

"Dekwan ni senang 'masuk' (dirasuk). Hari tu pergi Indonesia pun dia kena juga. Dah selalu kena tapi tetap bawa Dekwan ni juga masuk buat paranormal. Tak faham betul.

"Eloklah kena sampuk. Dah pergi tempat gitu nak buat content, dapatlah. Kacau tempat dia, dia kacau kau balik apa susah.

"Tak pernah faham orang yang buat content masuk hutan semata-mata nak buat aktiviti paranormal. Kau nak cabar siapa sekarang? tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain