suria

Jejak kasih 2 askar pencen! Seorang tak nampak mi dalam pinggan, sahabat tolong suap - “Dia ingat makanan dah habis”

Dua pesara tentera itu bertemu semula selepas sekian lama terpisah.

SAHABAT sampai hujung nyawa!

Video tular dua pesara tentera yang dipertemukan semula selepas sekian lama terpisah ternyata mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Menurut Irfan Thaqif, 24, bapa mentuanya membuat permintaan untuk bertemu dengan seorang rakan lamanya ketika dia datang ke ibu negara, baru-baru ini.

"Ayah mentua saya datang ke rumah sebab isteri sedang hamil. Sebelum dia kembali ke Terengganu, dia cakap nak pergi jumpa kawan lamanya.

"Ayah mentua saya nama Ismail, dia berumur 70 tahun. Kawannya juga nama Ismail, tapi dia berumur 71 tahun. Mereka sama-sama berkawan sejak bujang lagi, dulu sama-sama bertugas sebagai askar di Kota Bharu.

"Mulanya dia nak jumpa kawan yang seorang lagi, tapi kawannya itu dah meninggal. Jadi dia minta saya bawa dia berjumpa dengan pakcik Mail," ujarnya kepada mStar.

Yang sedihnya, dia suap sikit-sikit je. Lepas tu, dia tak nampak mi dalam pinggan, dia ingat mi dah habis, padahal ada lagi.

IRFAN THAQIF

Menurut Irfan, dua pesara itu banyak mengimbas kenangan lama ketika mereka sama-sama bertugas dalam pertemuan berkenaan.

Di sebalik kegembiraan itu, terselit rasa sayu apabila rakan bapa mentuanya itu sukar untuk menyuap makanan gara-gara penglihatannya yang terjejas 90 peratus.

Malah, bapa mentua Irfan juga kelihatan sedang menahan sedih ketika dia menyuap hidangan mi goreng ke dalam mulut sahabatnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat degil tak mahu jadi askar, 5 tahun bapa ‘pulau’ anak sendiri... Mujur dapat restu ibu, lelaki ini akhirnya jadi jurutera kimia

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali toleh baru perasan! Askar kacak pulang dari Lubnan pura-pura jadi pelayan, ibu baru suap makanan terus peluk lepas rindu

"Pakcik Mail boleh makan sendiri. Tapi mata dia dah makin kabur. Penglihatannya makin lama makin pudar hingga 90 peratus. Pada waktu itu, saya yang tuang makanan untuknya.

"Ketika dia makan, kami perhatikan cara dia makan, macam mana dia minum. Yang sedihnya, dia suap sikit-sikit je. Lepas tu, dia tak nampak mi dalam pinggan, dia ingat mi dah habis, padahal ada lagi.

"Itu yang buat kami sebak. Pada waktu itu, ayah mentua saya pun tolong suap mi untuk pakcik Mail. Saya pun rakam video, tak sangka ia viral," ujar Irfan lagi.

askar2

Kedua-dua mereka berkawan rapat sejak zaman bujang lagi.

Sehingga kini, video yang dikongsi Irfan meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

Malah, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak melihat tindak tanduk pesara askar itu yang sanggup menyuap makanan untuk rakannya yang sudah lanjut usia.

"Allah sebaknya tengok. Semoga pakcik berdua bersahabat hingga ke syurga.

"Selalunya askar perhubungan memang akrab. Mungkin dah diajar masa training macam tu.

"Tiba-tiba bertakung air mata," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain