suria

Pereka fesyen bengang naik e-hailing! Pemandu merungut penumpang gempal, takut kereta rosak - “Ni perkhidmatan jenis apa?”

Izzat mendakwa berdepan layanan tidak baik daripada seorang pemandu.

SETIAP manusia berhak untuk dilayan sama rata tanpa mengira bangsa, agama, rupa paras atau saiz badan mereka.

Seorang pereka fesyen dikenali sebagai Izzat Rahmat mendakwa dirinya menjadi mangsa diksriminasi seorang pemandu e-hailing gara-gara berbadan besar, dalam kejadian pada Khamis petang.

"Hello @GrabMy. Pemandu kamu minta saya batalkan perjalanan kerana dia kata saya besar dan mempunyai berat badan berlebihan.

izzat2

Tangkap layar yang dikongsi oleh pelanggan itu menerusi Twitter.

"Dan dia asyik berkata dia tidak dapat memandu laju kerana keretanya akan rosak disebabkan saya berbadan besar?

"Ini perkhidmatan jenis apa? Dan ya, dia pandu perlahan dan enggan buka pendingin hawa," ciap pereka itu menerusi akaun Twitter @izzatdalphia.

Menurut Izzat, dia bingung berdepan layanan seperti itu memandangkan kereta Honda City milik pemandu tersebut dilihat berada dalam keadaan baik.

Dah call dan mereka cakap akan siasat benda ni dan ambil tindakan dan educate driver itu.

IZZAT RAHMAT

Sungguhpun mendakwa berdepan layanan tidak baik, pemandu itu tetap menyelesaikan perjalanan Izzat dari rumahnya di Wangsa Maju menuju ke sebuah hotel di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dengan tambang RM12.

Selepas membuat laporan kepada pengendali perkhidmatan itu, Izzat berkata pihak Grab telah menghubunginya dan berjanji untuk menyiasat kes ini.

"Dah call dan mereka cakap akan siasat benda ni dan ambil tindakan dan educate driver itu," ujarnya ringkas kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini kereta cari makan” - Driver Grab ada sebab minta 5 siswi turun, bukan nak aib penumpang

ARTIKEL BERKAITAN: Bermacam cara, perangai... pemandu Grab dedah banyak kali kena game dengan pelajar - “100 jobs seterusnya kena dapat rating 5 bintang”

Dalam satu ciapan berlainan, Izzat turut berkongsi tangkap layar mesej daripada pihak Grab yang memohon maaf atas insiden tersebut.

"Kami mohon maaf atas ketidakselesaan yang anda lalui. Kami tidak memandang ringan perlakuan pemandu itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kami sentiasa mencari cara untuk memperbaiki perkhidmatan kami dan pandangan anda sangat penting untuk kami dalam proses ini. Sekali lagi, kami mohon maaf atas apa yang berlaku," ujar Grab.

file7634vzoof07lmhx9jh0

Kewujudan perkhidmatan e-hailing banyak membantu pergerakan masyarakat kita pada hari ini. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa berang atas tindakan pemandu lelaki itu yang disifatkan tidak masuk akal.

"Jangan buat e-hailing kalau takut kereta rosak. Simpan je kat rumah. Kereta dia burukkah sampai takut rosak ni?

"Gila memang patut akaun pemandu ini disekat. Saya tak boleh terima orang body shaming.

"Ini sangat biadab dan teruk. Melampau," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain