MENYIMPAN anak patung di dalam rumah bukanlah satu perkara yang pelik kerana permainan itu sering menjadi peneman kepada si cilik. Namun, sebilangan individu menegah ahli keluarga mereka menyimpannya di dalam rumah kerana risau berlakunya gangguan atau kejadian mistik seperti dipaparkan dalam filem seram. Terbaharu, seorang individu berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 29 Jun, memaparkan anak patung di dalam almari yang bergerak sendiri. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Group WhatsApp taman rumah aku tengah kecoh sekarang ni ada orang share video CCTV masa dia balik kampung raya haji hari tu. "Korang try tengok bapak scary anak patung tu. Sebab tu la aku tak suka dengan anak patung ni," ciap individu itu. Dalam satu perkongsian lain, dia turut memuat naik video CCTV dari bahagian dapur, memaparkan bayang-bayang hitam yang jelas kelihatan pada cermin kaca almari kayu di kediaman itu. Sumpahlah kepala dia bergerak? Kenapa ek CCTV selalu dapat tangkap benda-benda begini? NETIZEN "Korang try perhati dekat cermin kabinet tu. Seriau aku terus trauma nak ambil air kat dapur malam-malam. "Yang pelik mereka cari anak patung dekat situ tak ada. Aku syak owner rumah ada bela something, Tak pun sejenis tumpang," ujar individu itu lagi. Perkongsian video pendek di laman Twitter itu sejak Khamis meraih lebih setengah juta tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: “Ini macam kisah Toy Story” - Patung nostalgia dibakar sampai jadi abu, ‘hidup’ selepas lama disimpan ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan patung mainan seks bentuk kanak-kanak dijual secara terbuka! Shopee tak toleransi, terus keluarkan dari platform Di ruangan komen, beberapa netizen turut meluahkan rasa seram melihat kejadian itu dan berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka. "Sebab tu ada ustaz cakap kalau ada patung kat rumah untuk anak main lasak-lasak boleh. Tapi bila dia dah tak nak main baik buang atau bakar. Jangan jadikan hiasan, sebab jin suka masuk dalam fizikal patung. Atau kalau nak main sekali pun, cacatkan anggota patung tu. "Ada sekali tu nak terkucil pukul 4 pagi. Aku keluar bilik nampak patung anak buah aku atas kerusi, dah settle hal membuang nak masuk bilik, nampak patung tu dah jatuh atas lantai. aku 'berhuhu' sahaja dan terus masuk bilik sambung tidur. Bayang-bayang hitam jelas kelihatan pada cermin. "Sumpahlah kepala dia bergerak? Kenapa ek CCTV selalu dapat tangkap benda-benda begini?" tulis beberapa pelayar Twitter. Dalam pada itu, laman web Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan berdasarkan nas al-Quran dan hadis, bahawa pengharaman patung adalah berkaitan haram mengukir patung yang menyerupai ciptaan Allah dan haram untuk disembah atau dimuliakan. Ada pun selain daripada perkara tersebut seperti patung sebagai alat permainan dan pembelajaran bagi kanak-kanak, maka hukumnya adalah harus. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube