suria

Tekun pilih dan kopek bawang sebelum beli, kulit biar bersepah! Alahai aunty, tak baca nota amaran ke? - “Tolong kutip, mak siapalah ni”

Seorang wanita warga emas tekun mengopek kulit bawang putih.

SEBAGAI pengguna, sudah semestinya kita mahukan barangan yang dibeli setimpal dengan kualiti dan harga yang dibayar.

Namun apa yang menjadi masalah apabila masih ada individu yang bertindak penting diri ketika memilih barang untuk dibeli.

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok, seorang individu merakam perbuatan wanita warga emas yang sedang mengopek bawang putih untuk memastikan isinya elok sebelum dibeli.

Dalam video berdurasi enam saat itu, kelihatan wanita tersebut sedang mengopek beberapa labu bawang putih sehingga kulitnya memenuhi bakul dan ada yang bersepah di atas lantai.

aunty 2

Nota amaran yang dilekatkan pada bakul bawang putih.

Wanita itu sama sekali 'hati kering' meskipun notis peringatan yang sudah dilekatkan pada bakul bawang putih berkenaan dengan jelas melarang para pelanggan mengopek kulitnya.

"Don't peel me. Feel free to pick and choose but please do not peel off my skin. Thank you" (Jangan kopek saya. Anda boleh pilih dan ambil tapi tolong jangan kupas kulit saya, terima kasih), demikian ayat yang tertera pada notis tersebut.

Dalam perkongsian berkenaan, individu tersebut meluahkan rasa kesal dengan perbuatan warga emas itu yang pada pendapatnya tidak wajar untuk dinormalisasikan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Staf berlalu, dia pilih-pilih lagi” - Bungkusan strawberi dibuka, ambil buah yang elok sahaja... pembeli lain diharap ambil pengajaran!

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pelanggan wanita pilih, tukar sepapan telur di pasar raya... Ramai kata tak salah, hak pembeli pilih yang elok tanpa tahi ayam

"Come one guys, this need to stop (Tolonglah, perkara ini patut dihentikan)," demikian kapsyen yang ditulis.

Bagaimanapun individu tersebut tidak mengulas lebih lanjut mengenai video yang dirakamnya, sama ada dia menegur perbuatan warga emas itu ataupun memaklumkan kepada kakitangan pasar raya.

Dia juga tidak berkongsi butiran mengenai lokasi pasar raya serta waktu rakaman dibuat.

Sehingga kini video yang dimuat naik pada Isnin meraih lebih 126,000 jumlah tontonan.

Bukan setakat bawang putih je, ada yang siap pilih telur ayam dan tukar gred.

NETIZEN

Bagaimanapun ia mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.

Ada yang 'menyokong' tindakan warga emas berkenaan kerana mendakwa ada sesetengah pasar raya menjual bawang yang sudah rosak.

"Pernah beli yang tak kupas... balik banyak busuk. Sejak itu kupas, yang elok kita ambil.

"Tak kupas kadang ada yang buruk. Penjual pun kenalah fikir sama dengan harga barang sekarang mahal.

"Ya la, kita beli dengan hasil titik peluh. Mesti nak cari yang elok," demikian antara komen netizen.

Namun, kebanyakan daripada warga maya berpandangan perbuatan sedemikian adalah tidak wajar, seolah-olah mementingkan hak diri sendiri.

aunty 3

Antara komen netizen pada perkongsian tersebut.

Bagi mereka, tindakan seperti itu dilakukan oleh segelintir individu kerana sudah sebati dan menjadi tabiat 'wajib' apabila ke pasar raya.

"Bukan setakat bawang putih je, ada yang siap pilih telur ayam dan tukar gred.

"Ada juga yang berani tukar anggur dalam pek... selalunya yang makcik-makciklah.

"Tolong kutip, mak siapalah ni.

"Kalau macam tu, baik beli yang dah siap kupas. Disebabkan perangai orang macam ni, banyak pasar raya sekarang jual dalam karung 1 kilogram. Tak boleh beli sikit-sikit dah," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi