suria

Beli beg terpakai, rupanya milik orang Jepun dah mati! Rezeki sebab jumpa duit, ‘ngeri’ terselit surat insurans kematian

Pelanggan menjumpai sejumlah wang tunai dan surat insurans kematian dalam beg berkenaan.

PENEMUAN item berharga seperti cincin emas dan wang tunai dalam barangan terpakai yang dibeli bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Seorang lelaki turut berkongsi kisah mengenai 'hadiah misteri' dalam sebuah beg yang dibeli oleh ibunya di sebuah kedai barangan terpakai baru-baru ini.

Menurut pemilik Twitter @LukAhSeng, beg yang dibeli di sebuah kedai itu mengandungi beg duit yang berisi sejumlah wang serta sekeping surat misteri.

jepun3

Beg ini mengandungi kipas, seluar dalam dan sebuah beg kecil berisi wang dan surat insurans.

"Mak aku beli beg ni dekat Jalan Jalan Japan, dalam tu ada note 20,000 yen (RM662.49) dengan surat apa tak tahu, rezeki ibu bapa.

"Siapa tahu surat apa kasi roger," ciapnya ketika berkongsi beberapa foto menerusi Twitter.

Dalam ciapan terbaharu, pemuda itu berkata dia membuat imbasan dan mendapati surat dalam bahasa Jepun itu merupakan insurans kematian milik seorang individu.

Katanya tu surat insuran kematian. Jangan pukul 1 pagi ada hantu Jepun tuntut balik dah la.

NETIZEN

Selain wang tunai dan surat berkenaan, dia berkata beg itu turut mengandungi seluar dalam dan kipas.

"Dah update, itu surat insurans kematian, aku syak beg ni arwah punya, lepas tu beg ni dia sumbang bagi pada mana-mana.

"Sebab insurans tu tulis mati single tak kahwin. Dalam beg ada kipas, ada panties pakai buang dan sebagainya," dedahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari melaram pergi kelas, gadis cantik miliki 90 peratus baju bundle... aktif buat vlog sampai mampu bayar yuran sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis alergi bundle! Terkejut tengok wajah selepas teman tunang beli seluar - “Dalam kedai dah tergaru-garu”

Perkongsian pemuda itu ternyata meraih pelbagai komen netizen di laman Twitter termasuklah yang mengaitkan dengan elemen mistik.

Malah, beberapa individu turut berkongsi kisah mereka yang pernah menemukan barangan berharga dalam pakaian bundle.

"Pernah juga beli dompet bundle kat Kelantan. Dalam tu ada duit Australia dengan senarai ubat.

jepun2

Wang tunai matawang Jepun dalam beg itu.

"Member pernah beli purse kecil dekat Jalan Jalan Japan tu ha. Sekali buka ada rantai emas halus. Dah check 916. Halus-halus pun emas. Rezeki dia la dia kata.

"Sebab inilah mak saya selalu pesan jangan beli bundle. Dia selalu kata barang itu kemungkinan besar pernah dimiliki oleh orang mati. Takut.

"Katanya tu surat insurans kematian. Jangan pukul 1 pagi ada hantu Jepun tuntut balik dah la," tulis beberapa individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain