suria

Mat salih ‘buat hal’ kupas kelapa guna gigi... Sudahnya kena rawat di klinik, netizen cadang kopek durian

Cubaan Alexey mengupas kelapa menggunakan gigi hingga memerlukannya ke klinik untuk rawatan.

KUPAS buah kelapa dengan gigi?

Kedengaran seperti tidak masuk diakal, namun begitulah yang dilakukan seorang pemuda hingga akhirnya membawa padah.

Bukan rakyat tempatan, sebaliknya dia merupakan warga asing yang mahu menikmati air kelapa.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, lelaki yang lebih dikenali sebagai Alexey Brock itu dilihat cuba mengupas buah kelapa menggunakan giginya.

"Kita berada di Malaysia dan kita ada masalah. Saya cuba untuk mengupas buah kelapa menggunakan gigi saya," katanya.

Keadaan Alexey akibat mengupas buah kelapa menggunakan gigi.

Namun gara-gara tindakannya itu, sebahagian kecil daripada sebatang gigi hadapannya patah.

Alexey kemudian berkunjung ke sebuah klinik gigi untuk melakukan rawatan sambil membawa buah kelapa yang digigitnya.

Bukan sekadar ditunjukkan kepada petugas di kaunter, malah mat salih itu turut membawa buah berkenaan sehingga ke dalam bilik rawatan di hadapan doktor dan jururawat.

Alexey membawa sebiji buah kelapa ke klinik gigi.

Masih memegang sebiji buah kelapa, Alexey yang selesai menjalani rawatan berterima kasih kepada doktor yang merawatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih perasan pemandu teksi Malaysia 'pakar' bola sepak, minat EPL... sanggup sumpah kalau ada yang tak percaya

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih ini pandai 'beli' hati rakyat Malaysia, siap puji KL lebih moden daripada NYC! Tak menyesal naik kapal terbang lebih 30 jam

"Terima kasih doktor untuk gigi baharu saya. Terima kasih semua," katanya menerusi keterangan video yang memberi pesanan 'jaga diri dan berhati-hati dengan gigi anda'.

Video berdurasi 27 saat itu turut merakamkan aksi seorang penjual air minuman kelapa melakukan demonstrasi mengupas buah berkenaan.

Tiada sesiapa pun boleh mengupas kelapa guna gigi.

NETIZEN

"Buka kelapa macam ni, bukan dengan gigi," kata pemuda warga tempatan itu secara berseloroh sambil membelah kelapa menggunakan parang di hadapan Alexey.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan lelaki warga asing itu yang sanggup mencuba mengupas buah kelapa menggunakan giginya.

Seorang peniaga menunjukkan cara sebenar mengupas buah kelapa.

"Pertama kali saya melihat seseorang menggunakan giginya untuk mengupas buah kelapa.

"Kami tiada masalah, cuma anda yang bermasalah.

"Aiyo mat salih ni. Tiada sesiapa pun boleh mengupas kelapa guna gigi la," komen netizen.

Pada masa sama, beberapa netizen secara bergurau mencadangkan agar mat salih itu cuba mengopek buah durian menggunakan gigi.

"Durian belum sedia untuk gigi baharu saya," balas Alexey secara berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain