suria

Pasangan baru kahwin panik terbangun lewat, suami tahan malu pakai baju terbalik di pasar raya! Isteri pujuk kata ‘tak ada siapa perasan’

Sabrina hanya menyedari suaminya pakai baju terbalik semasa ingin membuat bayaran.

KADANG-kadang tanpa disedari kita melakukan perkara yang agak memalukan terutama sekali ketika dalam keadaan tergesa-gesa.

Begitulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri ini selepas mereka terkejar-kejar keluar rumah untuk membeli barang keperluan.

Bercerita kepada mStar, Sabrina Zainal berkata, disebabkan waktu yang singkat pada hari Jumaat, dia dan suami, Saufi Mat Yaacob tergesa-gesa bersiap ke pasar raya untuk membeli barang keperluan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Februari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Februari lalu.

“Selalunya hujung minggu, kami akan menonton filem di Netflix sehingga lewat malam... entah kenapa, hari tu kami berdua terbangun lewat padahal memang sudah rancang untuk keluar keesokan paginya.

“Lagipun memang rutin setiap Jumaat pagi akan beli barang dapur sebab Terengganu dah cuti,” ujarnya.

Namun tanpa diduga mereka berdua tersedar dari tidur pada jam 12 tengah hari.

Disebabkan bimbang waktu beli-belah mengambil masa yang lama kerana hujung minggu, kedua-dua mereka tidak mengambil masa yang panjang untuk bersiap sebelum keluar.

Malah kata anak jati Selangor itu, mereka tidak sempat membelek diri di cermin sebaliknya terus bergegas ke pasar raya.

“Jam 12 tengah hari baru bangun dan kami rushing pergi pasar raya sebab takut suami tak sempat nak solat Jumaat... waktu bersiap tu memang sangat tergesa-gesa, tak tengok apa-apa.

“Sampai pasar raya, terus cari barang dapur dan memang sangat kelam kabut nak kejar sebelum waktu Zohor,” luahnya lagi.

Lebih kurang sejam mendapatkan barang yang diperlukan, mereka beratur untuk membuat bayaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak bercinta wallet kena tebal! Perempuan sekarang tetap standard keluar dating, seharian keluar lelaki ‘terbang’ RM200-RM300

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejar-kejar nak pergi konvo, graduan UiTM ini minta tolong akak Rela... Paling comel siap pakaikan helmet!

Menurut wanita berusia 24 tahun itu, pada masa itulah baru dia menyedari suaminya memakai baju terbalik.

“Memang ramai sangat orang beratur nak bayar sebab Terengganu hujung minggu pada Jumaat.

“Tengah-tengah beratur tu, mata saya nampak macam ada sesuatu yang pelik pada suami. Lama juga saya perhatikan sebab nak kenal pasti apa yang tidak kena, sekali nampak tulang jahitan dan tag baju kat luar,” kongsinya sambil ketawa.

Tanpa menunggu lama, dia memberitahu suami tentang baju yang dipakai.

Kalau suami saya pula, dia sengaja pakai. Entah apa yang dia fikir.

WARGA MAYA

“Mula-mula sekali dia pandang baju dulu sebab nak confirm betul atau tak pakai terbalik.

“Kemudian apabila sedar baju dah terbalik, dia mula malu-malu dan gelak sendirian,” katanya lagi.

Malah disebabkan rasa malu, dia diminta untuk membayar terlebih dahulu barang yang dibeli.

Sabrina kemudian meminta suaminya bertenang dan kerana tiada siapa yang perasan walaupun hakikatnya dia mengetahui ramai yang sudah memerhatikan suaminya.

Antara reaksi yang ditinggalkan warga maya

Antara reaksi yang ditinggalkan warga maya.

Bagaimanapun, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pada 11 Februari lalu enggan terlalu serius berdepan situasi tersebut.

Malah, si suami dengan muka selamba membuat bayaran seolah-olah tiada perkara berlaku.

“Dia bayar macam biasa, buat muka selamba walaupun sebenarnya tengah tahan malu. Settle bayar dia laju-laju pergi kereta tinggalkan saya sendirian angkat barang.

“Masuk kereta saja, dia terus betulkan baju yang dipakai terbalik tu,” ceritanya lagi sambil menambah itu pertama kali dia melihat suaminya dalam keadaan kelam kabut sehingga baju dipakai terbalik.

Perkongsiannya itu menjadi tular sehingga ditonton lebih 560,000 pelayar TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya hadir memberikan komen mencuit hati.

“Tak apa suami pakai baju terbalik, rezeki makin murah... kalau orang tanya, cakap baju fesyen sekarang.

“Kalau suami saya pula, dia sengaja pakai. Entah apa yang dia fikir.

“Kesian dia nak cepat tu... pakai baju terbalik trend juga.

“Orang tua cakap kalau pakai baju terbalik tanpa sengaja, nak dapat rezeki,” ujar beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain