suria

Jiran lelaki berseluar dalam di koridor rumah flat, langsung tak hirau sensitiviti tetangga - “Kalau isteri aku nampak?”

Seorang lelaki berseluar dalam berkeliaran di kaki lima sebuah pangsapuri.

PERBUATAN mengintai atau mencuri pakaian dalam sering berlaku di kawasan kejiranan.

Namun, lain pula yang terjadi di satu kawasan perumahan apabila seorang jiran dilihat tanpa segan-silu berkeliaran di luar rumah dalam keadaan separuh bogel.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial, seorang lelaki merakamkan gelagat jirannya yang hanya memakai seluar dalam sedang berjalan di kaki lima.

Difahamkan, lelaki yang berseluar dalam itu merupakan warga asing yang tinggal di sebuah pangsapuri.

"Apabila warga asing dah terlalu macam ni la," tulis seorang pengguna TikTok menerusi keterangan video, yang mempertikaikan lambakan warga asing di negara ini.

Rungutan seorang lelaki terhadap jirannya.

Tanpa mendedahkan lokasi kejiranan, apa yang dikesalkan lelaki itu adalah situasi tersebut ternyata mengganggu ketenteraman awam.

Lebih membimbangkan sekiranya amalan yang mungkin dianggap biasa bagi golongan itu, boleh mengundang bahaya kepada jiran-jiran terutama wanita dan kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Panas foto bra, seluar dalam... aktivis dedah remaja hamil guna tali rafia panjangkan ukur lilit - "Bukan pervert tapi... kasihan sungguh"

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni rumah flat tengok TV macam orang pekak, jiran siap 'cop' suka buat bising... "Sebab tu la aku tak boleh duduk dengan B40!"

"Kalau hidup berjiran dengan orang luar ni memang menyakitkan hati aku je.

"Nasib aku yang nampak, kalau bini (isteri) aku? Tak ke aku jadi mangsa?" kata individu berkenaan.

Antara komen netizen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan tindakan jiran lelaki itu yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

"Abang yang duduk berjiran ni lagi lah. Hitam dah hati ni," katanya yang mendakwa jiran tersebut merupakan warga Myanmar.

Tak kira lah lelaki atau perempuan, mereka 'sebat' je... hati-hati.

NETIZEN

Lelaki itu turut mengulas komen seorang netizen yang menyifatkan situasi itu mungkin biasa bagi warga asing.

"Mana normal? Kalau budak-budak, perempuan nampak? Kalau dalam rumah, lantak dia lah," katanya lagi.

Lelaki berkenaan mengulas komen netizen.

Perkongsian video tersebut bukan sahaja dilihat sebagai menyakitkan pemandangan di kawasan kejiranan, malah boleh memberi kesan dari segi gangguan seksual.

"Jangan main-main, itu dia tinggal 'open' je. Tak kira la lelaki atau perempuan, mereka 'sebat' je. Hati-hati. Jagalah orang rumah sebaik mungkin.

"Dia tengah buat free show tu.

"Nasib dia pakai. Biasa tak pakai, jadi ada beza lah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain