suria

Doktor kiriman Tuhan bongkar kisah makcik nasi lemak kena scam... Pemuda tergamak minta RM100, konon nak belikan payung niaga

Dr Usha (gambar kecil) berkongsi kisah seorang peniaga nasi lemak yang ditipu dua individu.

SUDAH banyak perkongsian dipaparkan di pelbagai platform media mengenai taktik licik segelintir individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang dengan mudah.

Terbaharu, tular video memaparkan seorang wanita warga emas yang juga penjaja nasi lemak meluahkan rasa sedih kerana menjadi mangsa penipuan individu yang cuba mengambil kesempatan.

Difahamkan individu berkenaan memperdaya warga emas itu dengan menawarkan diri membantu membelikan payung untuk diletakkan di gerainya.

Video tersebut tular selepas dikongsikan seorang pengguna TikTok, @drushahoh baru-baru ini.

"Saya selalu nampak makcik ni apabila hantar anak ke sekolah. Hari ini apabila lalu, saya nampak gerai makcik ini tiada payung. Saya bertanya dan dia bercerita apa yang berlaku," ujarnya dalam video tersebut.

dr 2

Dr Usha turut membantu membawa warga emas berkenaan membeli payung niaga untuk gerainya.

Menerusi video berkenaan, warga emas tersebut mendakwa dia didatangi dua lelaki yang kononnya mahu menjadi orang tengah bagi memohon bantuan daripada wakil rakyat untuk mendapatkan payung.

Ini kerana payung di gerainya hilang gara-gara dicuri individu yang tidak bertanggungjawab.

Justeru apabila didatangi dua lelaki berkenaan, warga emas tersebut terpedaya dan menyerahkan wang pendahuluan RM100 selepas diyakinkan kononnya mereka akan membantunya mendapatkan payung.

ARTIKEL BERKAITAN: Baik hati bagi nombor OTP, peniaga char kuey teow terduduk kena tipu... Scammer kikis sampai tinggal RM1.97!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki rosakkan mesin ATM, kemudian rompak secara ‘terhormat’... warga emas rugi RM46,000! Suspek dilihat bawa isteri beli iPhone

Warga emas itu menyedari dirinya ditipu selepas nombor telefon yang diberikan dua lelaki berkenaan tidak dapat dihubungi.

"Sampai hati anda menipu makcik tua yang berniaga seorang diri, minta RM100 konon nak belikan payung untuknya.

"Saya tak faham, apa jenis manusia yang ada di sekeliling kita. Mereka datang lagi kepada makcik tu hari berikutnya untuk minta RM50. Nama YB (wakil rakyat) pula kena tarik.

"Jadi kepada orang ramai, kalau ada yang menawarkan bantuan dan petik nama seseorang, berhati-hatilah," kata wanita yang berkongsi video berkenaan.

Kasihan dengan nasib yang menimpa penjaja nasi lemak itu, wanita tersebut yang juga seorang doktor di sebuah klinik rawatan estetik tampil memberikan bantuan wang tunai kepada warga emas berkenaan.

Sikap ambil peduli dan ringan mulut bertanya adalah sikap terpuji dan wajar menjadi contoh kepada kita semua.

NETIZEN

"Selepas saya beri wang, dia menangis. Hati saya rasa sangat marah dan kecewa. Kemudian saya terfikir, macam mana dia nak beli dan bawa payung tu.

"Jadi saya pusing kereta dan kembali ke gerainya. Saya bawa makcik ke kedai dan dah beli payung untuk dia," kongsinya lagi.

Dalam satu hantaran berasingan, Dr Usha berkongsi video dia membawa penjaja nasi lemak itu ke sebuah kedai untuk membeli payung baharu untuk gerainya.

Kelihatan warga emas tersebut gembira di samping payung baharu yang dibeli oleh doktor berkenaan.

Kedua-dua video yang dikongsi oleh Dr Usha Hoh masing-masing meraih 438,000 dan 35,000 jumlah tontonan di TikTok.

komen dr

Rata-rata warga maya memuji Dr Usha kerana keprihatinannya.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya memuji wanita tersebut kerana mempunyai sikap prihatin yang tinggi malah tidak lokek mengeluarkan wang sendiri untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Sikap ambil peduli dan ringan mulut bertanya adalah sikap terpuji dan wajar menjadi contoh kepada kita semua.

"Terima kasih doktor kerana membantu makcik itu. Kita perlukan lebih ramai orang macam doktor.

"Kamu memang orang yang sangat baik... sangat jarang dan sukar nak jumpa dah sekarang terutama daripada bangsa yang berlainan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain